🥀BAB - 28

33.1K 705 40
                                    

RIYYADH yang baru selesai mandi berkerut hairan apabila baju kerjanya masih belum disiapkan oleh Aisya.

Dia merengus kasar. Sepatutnya pakaiannya semua sudah siap disediakan oleh Aisya. Nampaknya, pagi-pagi lagi Aisya sudah membuat dia naik angin. 

Tuala kecil yang tersangkut pada bahunya dilempar kasar ke lantai dan tali pinggang yang berada di atas meja solek dicapai lalu dengan langkah yang penuh amarah dia menuju turun ke stor yang dihuni oleh Aisya ketika ini. Sepertinya, gadis itu perlu 'diajar' sedikit olehnya pada pagi ini. 'Diajar' agar Aisya lebih patuh dengan setiap arahannya.

"Kau cari pasal dengan aku, flower. Nahas kau." Kerana langkahnya yang besar dan laju jadi sekejap sahaja Riyyadh sudah tiba di hadapan pintu stor Aisya.

Seakan tiada adab dan rasa hormat, pintu stor itu ditendang kuat sehingga terbuka luas. Dan Aisya yang masih lena diulit mimpi sambil beralaskan sehelai sejadah bersama sepersalinan telekung yang tersarung pada tubuhnya, mendadak bangun saat terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat itu.

Drastik dia berdiri bersama wajah yang pucat dan takut. Pandangan dan wajah Riyyadh ketika ini sangat menggerunkan dan ganas.

Lalu dengan dada yang berombak kencang, Riyyadh mara ke arah Aisya dan pipi gadis itu dicengkam kuat.

"Tuan jangan, sakit..." Aisya meringis pedih saat kuku lelaki itu semakin terbenam di dalam isi pipinya. Tangan kekar Riyyadh cuba ditolak namun tidak berjaya.

Dan tidak semena-mena, Riyyadh menampar kuat pipi Aisya sehingga gadis itu terjelepuk jatuh ke lantai.

Sebuah tamparan yang sangat kuat dan menyakitkan. Sehingga hujung bibir Aisya mula pecah dan mengalirkan darah.

"Allah..." Aisya merintih perlahan. Terasa berpinar kepalanya dek kerana kesan tamparan yang dahsyat itu. Apa lagi yang lelaki ini tidak berpuas hati dengannya? Apa lagi salahnya ketika ini? Apa lagi yang Riyyadh mahukan darinya?

Rintihan Aisya diendahkan lalu Riyyadh duduk berlutut di hadapan gadis itu dan terus menjambak kasar sanggul Aisya yang terselindung di sebalik telekung yang dipakainya.

"Tuan..sakit..tolong lepaskan..." Rayu Aisya bersama air mata yang mula membasahi seraut wajahnya.

"Hey perempuan! Punya lama aku tunggu kau siapkan pakaian aku, tapi kau boleh sedap membuta dekat sini! Kau tahu tak aku dah lambat?! Hah?!" Tengking Riyyadh tepat di hadapan wajah Aisya. Suaranya yang kuat itu memenuhi ruangan stor yang dihuni Aisya.

"Ss-sayaa mintak maaf tuan, saya tak sedar. Badan saya sakit, saya tak larat nak bangun." Jawab Aisya perlahan. Dia terjerit kecil saat sanggulnya semakin ditarik ke belakang sehingga kepalanya terdongak ke atas.

Kejam sungguh lelaki ini terhadap dirinya!

Riyyadh tertawa sinis. Wajahnya menyeringai bengis. "Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari mulut comel kau ni, flower. Badan kau sakit ke atau kau dah nak mampus ke, itu masalah kau. Bukan masalah aku. Yang aku tahu, kau kena siapkan semua kerja kau hari ni! Jangan tahu nak membuta saja! Bodoh!"

Telekung Aisya ditarik kasar lalu dicampak jauh ke sudut stor. Kemudiannya dia berdiri dan melangkah ke arah pintu lalu ditutup dan dikunci rapat.

Tali pinggang yang sedia dibawa bersamanya tadi dicapai dan dilipat dua. Wajah takut Aisya ditatap dengan wajah yang menyeringai jahat. Senyuman sinisnya menghiasi wajahnya yang tampan itu.

Leher diregangkan ke kiri dan kanan sebelum dia melangkah perlahan ke arah Aisya.

Melihatkan raut wajah Riyyadh serta tali pinggang yang dipegang oleh lelaki itu membuatkan Aisya menangis takut. Kepala digeleng perlahan apabila dia sudah mengetahui apa 'hukumannya' sebentar nanti.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now