SUASANA di ruang makan itu menjadi senyap apabila ketegangan antara Riyyadh dan Rayden mula tercetus.
Raihana dengan rasa takut mula memeluk erat lengan Mummynya.
Manakala abang-abangnya yang lain hanya memandang dengan riak wajah yang biasa. Tiada sesiapapun yang berani masuk campur dengan perbalahan dua beranak itu.
Sepasang iris hazel milik Rayden memanah tepat ke dalam sepasang iris coklat milik Riyyadh.
Tentangan mata yang jelas menggambarkan betapa dinginnya hubungan mereka berdua.
"Aku tak setuju kau nak berkahwin dengan betina tu." Bantahan keras dari Rayden ternyata menimbulkan api kemarahan Riyyadh.
Wajah dingin Daddynya ditatap tajam. Gerun? Heh. Langsung sama sekali dia tidak gerun dengan Daddynya itu.
"She has a name. And what do you feel when someone calls your wife 'betina'?" Dengan biadab dia membalas kata-kata Rayden.
Semua yang berada di situ jelas terkejut melihat sikap kurang ajar Riyyadh. Dan Safiyah terutamanya yang jelas kecewa dengan kata-kata biadab itu.
BAM!
Meja makan itu ditumbuk kuat oleh Rayden sehingga permukaan meja yang dilapisi dengan kaca itu mulai retak.
Dia mula berdiri dengan wajah yang menyinga. "KAU JANGAN NAK KURANG AJAR! KAU SEDAR TAK KAU TENGAH BERCAKAP DENGAN SIAPA SEKARANG NI?!"
Jerkahan Rayden memetir memenuhi ruangan makan itu.
Dan Riyyadh juga turut berdiri melawan tatapan bengis dari Daddynya itu.
Dia berdecit sinis. "Daddy yang buat Iyad jadi kurang ajar. Kalau Daddy tak bantah apa yang Iyad nak, Iyad pasti akan hormat Daddy." Tenang sahaja suaranya namun wajahnya jelas dingin dan tegang.
"Kau jangan cabar baran aku keluar! Yang jadikan kau kurang ajar bukan aku, tapi betina tu! Sejak kau kenal dengan dia, rasa hormat kau dekat keluarga sendiri dah mula hilang!" Sepasang iris hazel Rayden mula bertukar gelap menandakan kesabarannya sudah melepasi batasnya.
Tawa yang sinis terdengar dari bibir Riyyadh. Sengaja mencabar kesabaran Daddynya sendiri. "And Daddy pun tak hormat dengan pilihan Iyad. So, kenapa Iyad nak kena hormat Daddy?" Wajah yang angkuh ditayangkan kepada Rayden seakan kata-kata itu dituturkan tanpa rasa bersalah atau berdosa.
BUK!!!
Wajah tampan Riyyadh ditumbuk kuat oleh Rayden. Dadanya berombak kasar dan kencang apabila amarahnya sudah melepasi kepala. Pinggan serta lauk yang berada di atas meja turut ditolak kasar oleh Rayden sehingga jatuh berderai ke atas lantai.
Safiyah dan Raihana terjerit kecil dengan amukan itu manakala adik-adik Riyyadh yang lain segera bangun menahan Daddy mereka yang terus meluru ke arah Riyyadh bersama wajah yang sangat bengis.
Riyyadh yang terkesan dengan tumbukan yang padu itu hanya terundur dua tapak ke belakang. Hujung bibirnya yang sedikit berdarah dikesat dengan ibu jari. Wajah diangkat memandang ke arah Rayden yang sedang dipegang oleh adik-adiknya.
"KAU JANGAN MELAMPAU RIYYADH SYAHFIQ ZAYYHDITH! JANGAN SAMPAI AKU BUNUH KAU!" Amarah dan baran Rayden semakin memuncak.
"IYAD TAK PERNAH MELAMPAU! DADDY YANG MELAMPAU! DADDY KAWAL HIDUP IYAD! SUSAH SANGAT KE UNTUK DADDY TERIMA PILIHAN IYAD?!" Nada suaranya turut sama memetir seperti Rayden.
"AKU TAK PERNAH KAWAL HIDUP KAU! KAU SENDIRI YANG TAK PANDAI KAWAL HIDUP KAU! BETINA JALANG MACAM TU JUGAK YANG KAU PILIH UNTUK JADIKAN ISTERI! APA KAU DAH BUTA SANGAT KE SAMPAI TAK TAHU NAK MENILAI?! HAH?!"
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...