🥀BAB - 38

46.8K 910 176
                                    

"MAMA!"

Tiara memekik kuat memanggil Datin Diyana sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Datin Diyana yang sedang berehat di ruang tamu sambil membaca majalah tersentak mendengar pekikan yang nyaring itu.

Melihat sahaja Datin Diyana yang sedang memandang hairan ke arahnya, laju Tiara berjalan menuju ke arah mamanya lalu menghempaskan tubuhnya bersebelahan sofa yang diduduki oleh wanita itu.

Tas tangannya dilempar jauh ke sofa bertentangan sebelum tangan dibawa memeluk tubuh bersama wajah yang masam mencuka tanda tidak berpuas hati.

Ternaik sebelah kening Datin Diyana melihat anak perempuannya yang tiba-tiba sahaja naik angin itu. Majalah di tangan diletakkan di atas meja kaca di hadapannya sebelum perhatiannya diberikan sepenuhnya kepada Tiara.

"Dah kenapa yang balik nak naik angin bagai ni?" Tegur Datin Diyana.

Bibir diketap geram lalu wajahnya dipalingkan ke arah Datin Diyana yang sedang merenung ke arahnya.

"Adik-adik Riyyadh tu lah! Tahu tak mama yang semua plan kita hampir-hampir kantoi? Semua sebab dorang! Sial!" Dadanya berombak kencang menahan rasa amarah yang memuncak. Geram dan benci dengan kehadiran adik-adik Riyyadh yang sentiasa cuba menghalang segala rancangannya.

"Pasal budak-budak tu biar mama uruskan. Yang penting sekarang ni adalah Riyyadh. Jangan kamu berhenti bagi minyak tu dekat dia. Kalau dah nak habis cepat-cepat bagitahu mama. Faham?" Balas Datin Diyana.

"Faham. Tapi mama nak buat apa dengan budak-budak tu?" Tanya Tiara hairan.

Senyuman yang jahat dan penuh misteri terukir pada wajah Datin Diyana.

"Kamu jangan risau pasal tu. Mama ada orang yang boleh 'uruskan' budak-budak bodoh tu semua. Cuma kamu cakap je samada nak diorang lumpuh...atau...mati?"

Mengerti dengan maksud tersirat Datin Diyana, dengan rasa teruja Tiara turut mengukirkan senyuman yang jahat dan sinis sama seperti mamanya.

Kening dijongket tinggi.

"Mati." Jawab Tiara sepatah bersama nada yang dalam dan puas.

"As you wish, darling. Esok jugak mama uruskan pasal budak-budak sial tu."

Jelas satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Datin Diyana dan Tiara kerana kedua mereka sama sekali tidak mengetahui bahawa adik-adik Riyyadh juga sama seperti Riyyadh.

Mafia.

Pembunuh.

Bahkan Rafael juga bukanlah calang-calang orang. Nampak sahaja perwatakannya dia seperti lelaki yang tidak matang dan selalu bersahaja. Namun, pekerjaan yang dilakukan olehnya tidak semudah yang disangka.

Tiara tersenyum puas dan gembira. Dengan bantuan dari Datin Diyana, maka rancangannya untuk menakluki segala harta Riyyadh akan tercapai dengan mudah. Tiada lagi sesiapa yang akan dapat menganggunya. Terutama sekali adik-adik Riyyadh.

"Ha lagi satu mama, minyak yang mama bagi tu dah nak habis."

"Don't worry. Esok petang mama pergi ambik minyak yang baru. And make sure, kamu ikut segala pantang larang yang ditetapkan. Faham?" Pesan Datin Diyana.

"No worries mama. I will. Selagi Tiara tak dapat apa yang Tiara nak, selagi itulah Tiara tak akan lepaskan Riyyadh."

Pandangan dibuang jauh ke hadapan bersama sebuah senyuman yang senget.

Ya, demi harta yang dimiliki oleh Riyyadh, segalanya dia sanggup korbankan. Termasuk harga dirinya.







🥀🥀🥀

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now