🥀BAB - 64

34K 844 65
                                    

AISYA yang telah tenggelam di dalam lamunannya sambil merenung kosong ke arah luar tingkap dikerling sekilas oleh Adam yang sedang memandu.

Sejak dari mula gadis itu memasuki perut kereta lelaki itu, tiada sepatah perkataan pun yang meniti dari bibir munggil tersebut.

Hari ini, kesihatan Aisya sudah memberikan tindak balas yang positif serta beransur sembuh dan kandungannya juga sihat seperti ibunya. Oleh itu, Aisya sudah boleh discaj dari wad. Agak sukar juga pada mulanya ketika Adam memujuk gadis itu untuk pulang bersamanya. Dan setelah berkali-kali Adam menyuarakan hasratnya untuk membantu Aisya, akhirnya gadis itu bersetuju dengan ajakannya.

Meskipun berat, Aisya terpaksa bersetuju juga kerana ketika ini, dia masih tiada arah dan tujuannya. Lebih-lebih lagi di kota raya yang besar dan tidak pernah diterokai olehnya sebelum ini menjadikan Aisya semakin buntu untuk ke arah yang mana satu. Oleh itu, ajakan Adam terpaksa diterima olehnya. Dan di dalam masa yang sama, Aisya juga turut tidak sampai hati melihat kesungguhan Adam yang benar-benar ingin membantu dirinya itu.

"Aisya okay ke?" Tanya Adam yang bimbang melihat kebisuan Aisya sedari tadi.

Gadis itu mengalihkan perhatiannya ke arah Adam lalu menarik senyuman yang nipis. Walaupun hanya sekadar senyuman yang nipis, tetapi mampu menaikkan seri wajah Aisya.

"Aisya okay abang." Suara Aisya yang lembut dan gemersik itu menyapa perlahan gegendang telinga Adam.

"Tapi abang tengok Aisya diam je. Aisya tak selesa dengan abang ke?" Tebak Adam.

Aisya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu dipandang sekilas sebelum perhatian kembali ditumpukan pada pemanduannya.

"Aisya selesa dengan abang. Cuma, Aisya tak tahu nak borak apa."

Berbunga hati Adam apabila gadis itu mengaku selesa berada dengan dirinya. Lega. Sekurangnya dia tahu Aisya berasa selamat dengan dirinya. Perkara itu ternyata lebih membuatkan Adam berasa senang hati.

"Lega abang dengar yang Aisya selesa dengan abang. Tapi kalau Aisya ada rasa nak makan apa-apa ataupun rasa tak selesa, cepat-cepat bagitahu abang tau." Pesan Adam bersungguh-sungguh.

"Baik abang." Ringkas sahaja jawapan diberikan oleh Aisya.

Setelah itu, pandangan kembali dibuang jauh ke arah luar tingkap. Menghayati pemandangan bangunan-bangunan yang tersergam indah dan teguh berdiri di kota raya yang luas itu.

Namun begitu, perasaan Aisya masih kosong. Tiada apa pun yang dapat menggembirakan gadis itu. Kosong. Aisya tenggelam di dalam dunianya sendiri.

Adam yang melihat hanya mampu tersenyum tawar. Nampaknya, bukan mudah untuk dia memenangi hati Aisya. Tetapi tidak mengapa, usahanya tidak akan terhenti di sini sahaja. Dia akan bersungguh-sungguh untuk menakluki hati Aisya dan mengubati luka yang terpahat pada jiwa gadis itu.

"Aisya, abang nak tanya beberapa soalan sikit boleh?" Pancing Adam yang mahu mengajak Aisya berborak.

"Boleh." Sepatah Aisya membalas.

Sisi wajah Adam menjadi fokusnya kini. Meskipun lelaki itu dikategorikan sebagai lelaki yang berpakej lengkap, namun hatinya sama sekali tidak terusik dengan apa yang dimiliki oleh Adam termasuk seraut wajah yang kacak dan maskulin itu.

Jika wanita lain yang berada di tempat Aisya ketika ini, pasti mereka akan bersorak kegembiraan kerana dapat berdua-duaan dengan lelaki itu. 

Hari ini, penampilan Adam sungguh kacak dan menyerlahkan lagi sisi maskulin lelaki itu. Kemeja putih yang berlengan panjang yang disinsing sehingga ke paras siku membuatkan lengan berotot Adam semakin ketara kelihatan. Malah, ketampanannya semakin terserlah apabila dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru muda.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now