🥀EPILOG

72.9K 1.3K 299
                                    

12 JUN,

Hari ini, Aisya dah genap sebulan jadi isteri Tuan Riyyadh. Dan sepanjang waktu ini jugak, Aisya tak pernah dilayan sebagai seorang isteri. Setiap hari Tuan Riyyadh akan pukul Aisya. Badan Aisya sakit. Hati Aisya sakit. Tapi Aisya sedar, anak yatim piatu macam Aisya ini, tak layak untuk rasa bahagia.

Tuan, walaupun tubuh dan hati Aisya sentiasa sakit, tapi cinta dan sayang Aisya kekal tidak terusik untuk tuan. Suami Aisya. Sedikitpun Aisya tak pernah simpan dendam dalam hati. Sebab hati Aisya sepenuhnya milik tuan.

Terima kasih kerana sudi jadikan anak yatim piatu ini sebagai isteri tuan.

Terima kasih kerana sudi tumpangkan Aisya di rumah tuan.

Terima kasih kerana sudi bagi Aisya makan dan minum walaupun hanya sekadar biskut dan air kosong.

Aisya tetap gembira. Dan doa Aisya akan sentiasa mengiringi degupan jantung tuan.

Semoga Allah sentiasa melindungi suami Aisya di dunia dan akhirat.

𝓐𝓲𝓼𝔂𝓪 𝓠𝓱𝓪𝓲𝓼𝓪𝓻𝓪𝓱 𝓡𝓸𝓼𝓮.

******************************

19 JUN,

Aisya sedih hari ini. Hati Aisya sakit sangat. Aisya tak mampu untuk tahan air mata bila melihat kemesraan tuan dengan Cik Tiara. Tuan Riyyadh layan Cik Tiara dengan penuh kasih sayang. Tak seperti layanan tuan terhadap Aisya. Hati Aisya cemburu. Hati Aisya sakit melihat suami Aisya bermesraan dengan perempuan lain di hadapan mata Aisya sendiri.

Tapi, Aisya sedar yang perasaan tu tak sepatutnya hadir. Aisya yang rampas tuan dari Cik Tiara. Sepatutnya Cik Tiara yang jadi isteri tuan. Bukan Aisya.

Aisya suka tengok tuan senyum bila dengan Cik Tiara. Aisya jujur, dalam hati Aisya mengharapkan senyuman itu akan muncul apabila tuan dengan Aisya. Tapi, Aisya hanya mampu membayangkan sahaja. Sebab Aisya tahu, cinta dan kasih sayang tuan hanya untuk Cik Tiara sahaja.

Sedangkan Aisya ini hanyalah pemuas nafsu tuan semata-mata.

Dan Aisya berharap, tuan akan selalu tersenyum dan bahagia di samping Cik Tiara. Dan bila tiba waktu tuan melepaskan Aisya, kehadiran Aisya tak akan dirasai lagi dalam rumah ini.

Tapi, Aisya nak tuan ingat satu perkara ini,

Cinta Aisya masih setia untuk tuan,

Suami Aisya selamanya.

𝓐𝓲𝓼𝔂𝓪 𝓠𝓱𝓪𝓲𝓼𝓪𝓻𝓪𝓱 𝓡𝓸𝓼𝓮

*****************************

28 JUN,

Ya Allah, Kau sembuhkanlah sakit suami ku. Berilah dia kesihatan dan kesembuhan seperti sediakala.

Suamiku, Riyyadh Syahfiq Zayhhdith,

Tuan, Aisya takut dan risau sangat bila tengok tuan sakit macam ini. Badan tuan panas. Aisya bimbang. Semalaman Aisya tak lelapkan mata untuk pastikan tuan sihat. Walaupun Cik Tiara yang memberi arahan untuk Aisya jaga tuan, tapi Aisya buat semua ini bukan kerana arahan itu. Tapi kerana tanggungjawab dan tugas Aisya sebagai seorang isteri. Dan kerana, rasa kasih Aisya untuk tuan.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now