🥀BAB - 17

38.1K 796 110
                                    

TUBUHNYA yang menggigil kesejukan dibalut kemas dengan sehelai tuala yang sememangnya tersedia di dalam bilik air.

Pergerakan Aisya juga agak sukar dan perlahan kerana rasa sakit yang mencengkam di bahagian kewanitaannya. Ngilu dan sangat sakit saat dia cuba untuk berjalan seperti biasa.

Nafas ditarik dalam sebelum tombol pintu bilik air itu dipulas dan dibuka oleh Aisya. Dengan berpaut pada dinding, dia melangkah keluar menuju ke katil Riyyadh.

"Ssakit hahh..." Aisya mendesis kesakitan setiap kali dia melangkah.

Setibanya di katil, punggung dilabuhkan pada birai katil itu. Aisya menunduk ke bawah sambil mencengkam erat tuala pada tubuhnya.

Setitis air matanya tumpah saat dia mengenangkan keadaan dirinya ketika ini. Di hadapan cermin bilik air tadi, dia dapat melihat dengan jelas kesan lebam yang terukir pada tubuhnya. Dan lebam yang paling ketara kelihatan adalah di sekitar leher dan dadanya.

Aisya takut. Takut dengan nasib yang menimpanya ketika ini.

Tubuhnya sudah tidak mampu untuk melayan setiap kehendak Riyyadh. Dan jika dia melawan, lelaki itu pasti akan menyakitkan tubuhnya dengan cara yang sangat kasar dan tidak berperikemanusiaan.

Air matanya diseka lembut dengan tapak tangan. Baju kemeja yang diberikan oleh Riyyadh dicapai. Pakaian dalamnya juga turut disediakan oleh lelaki itu.

Lalu, pakaian-pakaian itu disarungkan pada tubuhnya. Kemeja putih milik Riyyadh yang tersarung pada tubuhnya sangat labuh dan besar sehingga ke paras atas lututnya. Menunjukkan betapa gagah dan tegapnya tubuh Riyyadh jika hendak dibandingkan dengan tubuh Aisya yang kecil itu.

Setelah siap mengenakan pakaian, Aisya mengerling sekilas pada jam di dinding. Jarum pendek sudah menginjak ke angka 9 malam. Terasa sangat cepat masa berlalu. Baru sahaja tadi, dia dipaksa untuk melayan nafsu Riyyadh dan kini dia terpaksa untuk memenuhi kehendak lelaki itu sekali lagi.

Jari jemarinya yang runcing dan halus itu diramas antara satu sama lain. Aisya tidak mahu melayan Riyyadh lagi. Dan dia perlu keluar dari sarang neraka ini. Dia harus mencari jalan untuk bebas dari tahanan Riyyadh.

Sekitar kamar yang luas itu diperhatikan oleh Aisya. Dan pada akhirnya, sepasang mata bundarnya tertancap pada pintu balkoni bilik tersebut.

Sesuatu terlintas pada fikiran Aisya saat dia terpandangkan pintu balkoni itu.

Dengan lafaz bismillah, perlahan Aisya bangun dan bergerak ke arah balkoni tersebut dengan penuh berhati-hati.

Saat dia cuba menolak pintu balkoni itu, ternyata ianya tidak berkunci. Keadaan di luar diteliti seketika oleh Aisya.

Hutan dan gelap.

Satu-satunya peluang yang dia ada ketika ini. Dan sekarang dia perlu mencari cara untuk turun dari tingkat ini kerana jaraknya dengan tanah terlalu tinggi.

"Aku kena pergi dari sini. Kau boleh Aisya." Dia berkata sendirian.

Berbekalkan sisa tenaga yang masih tersimpan, Aisya cuba memanjat palang balkoni tersebut.

Melihat sahaja ke bawah membuatkan darahnya mengalir laju. Terlalu tinggi untuk dia melompat ke bawah.

"Ya Allah, lindungi Aisya." Perlindungan dipohon kepada Yang Esa. Kerana dia percaya akan Kuasa-Nya.

Perlahan-lahan Aisya meniti di pinggir balkoni itu dengan langkah kaki yang menggigil hebat. Tangannya menggigil. Jantungnya berdetak dengan laju. Gayat. Takut. Perasaan yang bercampur baur menjadi satu. Tidak pernah dia melakukan perkara seperti ini sepanjang hidupnya. Namun, peluang ini hanya datang sekali sahaja. Berharap agar Riyyadh belum tiba di situ.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now