🥀BAB - 44

38K 715 77
                                    

LOCENG yang berbunyi tanpa henti membuatkan Aisya terpaksa menangguhkan kerjanya yang ketika itu sedang mengemas di ruang tamu.

Jam dinding dikerling sekilas olehnya.

6.00 petang.

Hairan memikirkan siapa yang berkunjung ke mansion Riyyadh pada waktu ini. Tidak mungkin Adam kerana jejaka itu telah dilarang keras oleh Riyyadh untuk ke rumahnya lagi. Ini kerana bagi mengelakkan jejaka itu dari bertemu dengan Aisya. Riyyadh bimbang sekiranya Adam mahu membawa Aisya jauh darinya.

Aisya mengesat lembut peluh pada dahi mulusnya lalu menyarungkan tudung sarung berwarna hitam pada kepalanya dan segera melangkah ke arah pintu.

Daun pintu dikuak perlahan oleh Aisya namun tubuhnya terandas ke belakang tatkala gerangan yang berdiri di hadapan pintu tersebut menolak kasar pintu itu sehingga terbuka luas.

"Allahuakbar." Mujur sahaja Aisya sempat mengimbangkan tubuhnya dari tersembam ke lantai.

"You siapa?" Tegur Tiara yang memandang hairan ke arah Aisya.

Dan sebaik sahaja Aisya mengangkat wajah, Tiara sedikit terpegun melihat kecantikan yang dimiliki oleh gadis muda yang berdiri di hadapannya ini.

Serta-merta hatinya menjadi panas. Siapakah gadis ini? Dan mengapa Riyyadh tidak pernah memberitahu kepadanya akan gadis ini?

"Hey perempuan, I tanya ni, you siapa? Bisu ke?" Lantang Tiara menyoal bersama wajah yang mencerlung ke arah Aisya.

"Maaf cik. Saya Aisya, orang gaji Tuan Riyyadh." Perlahan Aisya menjawab. Dan perihal akan 'orang gaji' itu, Riyyadh sudah berpesan kepadanya jika ada yang bertanya siapakah dirinya, gadis itu perlu memberitahu bahawa dia hanyalah orang gaji Riyyadh semata-mata.

Sebelah kening cantik Tiara terjungkit ke atas. Aisya dipandang atas bawah bersama tatapan yang jijik.

Ya.

Gadis muda itu hanya mengenakan tudung sarung, t-shirt lusuh berlengan panjang serta sehelai kain batik pada tubuhnya. Jadi, dengan mudah Tiara percaya bahawa Aisya hanyalah orang gaji Riyyadh. Namun, hatinya masih tidak tenteram kerana gadis itu mempunyai seraut wajah yang sangat cantik dan ayu. Malah, dia juga akui Aisya lebih menawan dan jelita darinya. Jadi, dia bimbang sekiranya Riyyadh menyimpan perasaan terhadap gadis muda itu.

Tangan dibawa memeluk tubuh sambil sepasang matanya tidak lepas dari terus merenung tajam ke arah Aisya yang hanya menunduk ke bawah.

"Setahu I, orang gaji dalam rumah ni, nama dia Mak Mah. Bukan Aisya." Sinis Tiara berkata.

"Saya baru ganti Mak Mah sebab Mak Mah dah berhenti." Jawab Aisya dengan lembut.

Dia juga turut terpampan melihat kecantikan Tiara yang menyerlah di dalam sepersalinan jump suit berwarna ungu dan digayakan dengan tudung bawal berwarna putih. Jelas kelihatan wanita itu sangat matang dan bukanlah sembarangan orang.

"Ouh. I see. Nama I Tiara Kamelia and I kekasih Riyyadh. So, I nak pesan awal-awal yang you jangan pernah sesekali cuba nak rampas kekasih I. Kalau orang gaji, buat cara orang gaji. Faham?"

Aisya mengangguk meskipun hatinya terasa sedikit pedih mendengarkan pengakuan dari mulut Tiara. Namun, dia harus sedar akan status dirinya yang layak digelar sebagai perempuan simpanan Riyyadh sahaja meskipun status mereka kini merupakan suami isteri.

Beberapa saat mendiamkan diri, akhirnya Aisya bersuara.

"Faham Cik Tiara."

"Good. I nak masuk and buatkan I jus oren." Arah Tiara kasar seraya menonong masuk ke dalam mansion Riyyadh tanpa mempedulikan Aisya dan terus melabuhkan punggung di atas sofa mewah di ruang tamu.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now