🥀BAB - 54

34.9K 844 147
                                    

AISYA yang sedang mengemop lantai di ruang tamu segera menoleh ke arah pintu utama yang terbuka dari arah luar.

Setelah itu, muncul susuk tubuh Riyyadh dan Tiara yang sedang melangkah masuk sambil berpelukan dan bergelak ketawa.

"Thank you tau baby bawak I pergi shopping! I love you soooooo much!" Pipi kanan Riyyadh dikucup manja oleh Tiara.

Manakala lelaki itu pula hanya membiarkan sahaja setiap perlakuan Tiara sambil bibirnya juga turut tersenyum lebar.

"My plesure, dear. And I love you too." Riyyadh membalas romantik.

Senyuman yang gembira terlakar pada wajah Tiara sebelum punggungnya dilabuhkan di atas sofa dan diikuti oleh Riyyadh yang turut mengambil duduk bersebelahan dengannya.

Namun, Tiara cepat-cepat mengubah posisinya dengan memanjat naik riba Riyyadh. Kedua kaki panjangnya membelit kemas sisi tubuh lelaki itu dan pinggangnya pula ditahan oleh Riyyadh agar dia tidak terandas ke belakang.

Aisya yang sedang menunduk sambil menyambung kerjanya dipandang sinis oleh Tiara. Dengan sengaja, tubuhnya dilentikkan ke hadapan sehingga dadanya bergesel dengan permukaan dada tegap Riyyadh yang berlapikkan kemeja pejabat.

"Ermm baby..." Suara Tiara meleret dengan manja dan lunak.

"Hmm?" Leher Tiara yang berbalut dengan shawl dicumbu oleh bibir Riyyadh.

Jari telunjuknya menari-nari pada dada lelaki itu.

"Kenapa ni?" Riyyadh memandang wajah cantik Tiara. Telapak tangannya naik mengusap pipi yang mulus itu. Sungguh cantik pada matanya.

"I laparlah. But, I nak something yang sweet. Macam kek ke? Boleh?" Mata dikerdip berkali-kali oleh Tiara.

Tawa terletus dari bibir Riyyadh. Pinggang Tiara ditepuk lembut olehnya.

"Sebut pasal kek, haritu I ada beli kek coklat favourite you. Ada dalam fridge. Nak?"

Laju Tiara mengangguk. "Nak! Nak! Jom pergi ambil!"

Baru sahaja Tiara mahu turun dari pangkuan Riyyadh, tubuhnya ditahan oleh lelaki itu.

"Baby..."

"Kenapa kita susah-susah nak pergi ambil? Tu suruhlah Aisya yang ambilkan. Dia kan maid dekat sini." Riyyadh menegur.

"Baby, you tak nampak ke yang dia pegang mop tu? Tengoklah muka dengan baju dia. Comot tahu tak? Macam tu you nak suruh dia pergi ambilkan makanan? Kotorlah! Eeee entah-entah nanti dia tak basuh tangan, main ambil je. Nanti kalau kita terkena penyakit macam mana? You tak geli ke tengok dia? Hah?" Hina Tiara sambil menunding ke arah Aisya bersama mimik wajah yang geli saat melihat gadis itu.

Manakala Aisya, hanya diam menunduk ke bawah dengan air mata yang bergenang di kolam matanya. Hatinya bagaikan disiat-siat mendengarkan hinaan Tiara terhadap dirinya. Sungguh sehingga begitu sekali dia dipandang hina oleh mereka.

"Okay okay. Kita pergi ambil sendiri." Riyyadh yang malas untuk berkata-kata hanya mengiyakan sahaja setiap butir bicara Tiara.

Pap!

Tiba-tiba dadanya ditampar kuat oleh Tiara membuatkan wajahnya berkerut. "Sakitlah dear. Kenapa pukul I ni? Hmm?"

"You tak jawab pun soalan I tadi! I tanya, you tak geli ke dengan dia?" Desak Tiara.

Sedikitpun perasaan Aisya tidak dia peduli. Malah, akalnya semakin galak untuk menyakitkan hati gadis itu.

"Mestilah I geli. Dah nama pun maid kan? Mestilah akan kotor macam tu." Balas Riyyadh tanpa nada. Hujung matanya juga sempat mengerling wajah sedih Aisya yang berdiri tidak jauh dari mereka.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now