"INI SEMUA SALAH KAU!!!"
Tempikan Riyyadh bergema menyelusuri segenap ruang.
Wajahnya bengis dan sangat menggerunkan. Rambut yang berserabai serta baju yang sudah tidak berbutang menampakkan lagi raut wajahnya yang gerun itu.
Di tangannya, terlilit kemas belitan tali pinggang yang digunakan untuk memukul Aisya yang sedang menangis memeluk lutut di sudut dinding.
PRANG!!!
Pasu hiasan yang berada di atas meja ruang tamu dilempar kuat oleh Riyyadh ke arah dinding sehingga berkecai menjadi serpihan halus.
Dia terlalu berang.
Amarah dan barannya sudah tidak terkawal lagi.
"Kalau kau tak memandai jemput Mummy dan Daddy masuk dalam rumah, semua ni tak akan terjadi! Dan aku tak akan tikam Mummy!!!"
Mata yang merah menyala itu mencerlung garang ke arah Aisya yang sedang meringkuk ketakutan.
"Ss-ssaya mmintak mmaaf---" Tersekat-sekat suara gadis itu memohon kemaafan bersama wajah yang basah. Dia takut. Sangat takut melihat amukan Riyyadh.
Berkali-kali kata maaf dipohon kepada lelaki itu, namun tidak sekalipun Riyyadh mendengar. Malah, segala yang terjadi dipautkan di atas bahunya. Seakan-akan semua yang terjadi sebentar tadi adalah berpunca darinya.
Dan seketika, jeritan nyaring Aisya kedengaran saat rambutnya dijambak kasar oleh Riyyadh.
"Sakittt--tuann---tolong---" Tangan Riyyadh yang mencengkam rambutnya cuba dileraikan. Tetapi semakin kuat lelaki itu menahan sehingga Aisya terasa seakan kulit kepalanya hendak tercabut.
Tubuh dibongkokkan ke arah Aisya dan wajahnya disua tepat di hadapan wajah basah gadis itu.
"Kata maaf kau dah terlambat, Aisya. Kalau apa-apa terjadi dekat Mummy, kau yang akan tanggung akibatnya!!!"
Pipi Aisya ditampar kuat. Sangat kuat. Sehinggakan gadis itu terjelepuk jatuh ke lantai.
Lalu, Riyyadh berdiri bersama sengihan yang sinis terukir pada wajahnya.
"Perempuan degil macam kau ni kena diajar. Kau tak serik ya, Aisya? Kau nak aku tikam kau jugak ke? Hmm?" Bersama nada yang psiko, Riyyadh mendekati Aisya.
Gadis itu menggeleng lemah bersama air mata yang bercucuran di wajahnya.
"Aku paling benci dengan orang yang tak dengar arahan aku. Kau sepatutnya bersyukur sebab aku masih nak gunakan tubuh kau tu. Kalau ikutkan hati, dah lama aku korek jantung kau hidup-hidup!!!"
Sejurus itu, tubuh Aisya dilibas berkali-kali menggunakan tali pinggangnya.
"Ampun! Tuan! Sakit! Sakit!!! Jangan!!! Sakit!!!"
Aisya memekik kuat dan nyaring seraya melindungi tubuhnya yang kecil itu.
Sakit yang hanya dia sahaja yang rasakan.
Namun seakan tuli, Riyyadh masih menggila membelasah tubuh yang sama sekali tidak bersalah itu.
Dilibas sesungguh hati. Melepaskan rasa amarahnya terhadap Aisya. Sedikitpun tiada rasa ehsan ke atas gadis muda itu.
Setelah puas, akhirnya dia membanting kasar tali pinggang tersebut lalu memijak kuat kepala Aisya dan ditekan kuat.
"Arghhhh---" Aisya sudah tidak berdaya. Hanya kesakitan sahaja yang dirasakan olehnya ketika ini. Penderitaan yang pasti tiada penghujung buat dirinya.
"Sakit? Hmm? Sakit ya, flower? Ni baru sikit! Lepas ni lagi sakit aku buat!!!"
Kemudiannya, perut Aisya ditendang kuat dan tubuh yang tidak berdosa itu disepak berkali-kali sehingga Aisya memuntahkan cecair pekat berwarna merah dari mulutnya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...