🥀BAB - 30

41.4K 761 101
                                    

SEPASANG lengan kekar yang tiba-tiba memeluk pinggang ramping Aisya dari arah belakang membuatkan gadis itu hampir menjerit.

Aisya yang ketika itu sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki dapur terus menghentikan aktivitinya dengan serta-merta.

Tidak perlu diteka siapa lagi gerangan tersebut kerana haruman cologne yang dipakai oleh Riyyadh sangat kuat menusuk ke hidung.

Bulu roma Aisya merinding tegak saat jari jemari Riyyadh mula menjalar masuk ke dalam bajunya dan mengelus lembut permukaan perut gadis itu.

Manakala Riyyadh hanya tersenyum sinis apabila dia merasa tubuh Aisya mulai menggigil di dalam dakapannya.

Pasti gadis itu sedang di dalam ketakutan.

"Kau borak apa je dengan Adam? Hmm?" Riyyadh menyoal dengan penuh sensual pada telinga Aisya yang bertutupkan tudung sarung itu.

Jika diikutkan rasa hatinya, sudah lama dia memukul Aisya kerana berbual dengan Adam semasa ketiadaannya di rumah.

Tetapi, Riyyadh masih bersabar dan tidak mahu terburu-buru. Namun, 'hukuman' buat Aisya masih menanti buat gadis yang malang itu.

Melihatkan Aisya yang diam tidak memberi sebarang reaksi terhadap persoalannya, membuatkan Riyyadh menjadi berang. Kerana, dia paling benci sekiranya soalannya tidak dijawab.

Lalu, dengan kasar dia memusingkan tubuh Aisya agar menghadap ke arahnya dan tubuh kecil itu dikepung di antara tubuh sasanya.

Drastik, kedua tangan kecil Aisya naik menahan dada tegap Riyyadh agar ada jarak di antara mereka.

Berdetak hebat jantung Aisya tatkala  sepasang iris coklat itu merenung dalam ke arahnya bersama renungan mata yang seakan ingin membunuh mangsanya.

Bersama satu tarikan yang kasar dan pantas, pinggang ramping Aisya disauk sehingga dada gadis itu bersentuhan rapat dengan dada tegap Riyyadh. Terjerit kecil Aisya saat dia tidak menduga langsung dengan perbuatan Riyyadh itu.

"Bila aku tanya, jawab flower. Bukannya diam macam orang bodoh!" Jerkah Riyyadh.

Terasa kecil besar sahaja Aisya di pandangannya. Dia yang sememangnya sudah berangin melihat kemesraan Aisya bersama Adam, semakin membuak amarahnya ketika ini.

"Mma-mmaaf tuann, saya tak borak apa-apa pun dengan abang Adam." Jawab Aisya perlahan.

Riyyadh tertawa sinis mendengar gelaran yang diberikan kepada Adam.

Abang Adam.

Abang Adam, ya?

Hmm?

Terasa berasap telinganya mendengarkan panggilan yang digunakan oleh Aisya itu.

Lantas, rahang Aisya direngkuh kuat dan kasar lalu wajah gadis itu didongak paksa ke arahnya.

Lidah ditolak ke isi pipi. Wajah dimajukan ke hadapan sehingga pucak hidungnya bertemu dengan hidung kecil Aisya.

"Aku tak suka kau panggil dia abang. Sedar sikit kedudukan kau tu, flower. Kau cuma hamba. Hamba aku. Jadi, kau kena hormat kawan-kawan aku macam mana kau hormatkan aku! Faham?!"

Aisya mengangguk perlahan. Air matanya mulai bertakung di tubir matanya. Ya, dia hanyalah hamba. Seorang hamba kepada lelaki yang mempunyai segala-galanya. Seperti kata-kata Riyyadh, dia perlu sedar akan kedudukannya ketika ini.

Riyyadh mendengus geram lalu merengkuh kasar wajah Aisya dan terus melumat bibir merah yang merekah itu.

Dilumat.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now