TUBUH Riyyadh menggigil kencang. Bahkan jari jemarinya juga turut sama menggeletar.
Nafas yang sebelum ini tenang teratur kini mula sesak dihimpit dengan iringan degupan jantung yang bertalu-talu menghentam dadanya.
Katil yang menempatkan Aisya di dalam bilik ICU itu dihampiri dengan deraian air mata yang laju mengalir pada seraut wajahnya.
Langkah kaki dihentikan tepat pada sebelah katil Aisya.
Detakan ritma jantung Aisya yang disambungkan pada mesin bantuan hayat itu menderaskan lagi aliran air mata Riyyadh yang sudah sedia mengalir sebelum ini.
Setiap helaan nafas Aisya kini hanya bergantung pada mesin tersebut.
Tidak dapat diungkapkan lagi penyesalan yang ditanggung oleh Riyyadh ketika ini.
Terimbas kembali kata-kata Doktor Kamal kepadanya sebentar tadi.
*****
"Doktor, macam mana dengan isteri saya? Isteri saya selamatkan doktor? Saya boleh masuk tengok dia kan? Kan doktor? Isteri saya selamat?!"
Isteri?
Barangkali Riyyadh terlupa akan lafaz talak yang sudah dijatuhkan kepada Aisya dahulu.
Asakan Riyyadh membuatkan Doktor Kamal mendiamkan diri buat beberapa ketika menjadikan debaran pada dada Riyyadh semakin menggila.
"Doktor?! Aku tanya ni, isteri aku selamatkan?! Jawablah sial!"
Melulu tubuhnya hendak menerpa ke arah Doktor Kamal namun pantas ditahan oleh Rayden yang berada di sebelahnya.
"Iyad! Kau bawak bersabar boleh tak?! Daddy tak suka kau jadi macam ni!" Tegah Rayden bersama suara yang lantang menjerkah.
Riyyadh pantas merungkaikan pegangan Rayden pada bahunya.
"Macam mana Iyad nak bersabar kalau dia langsung tak bagi apa-apa respons! Iyad cuma nak tahu Aisya selamat atau tak?! Iyad cuma nak tahu keadaan isteri Iyad!"
"Isteri?! Kau dah lupa ke yang Aisya bukan lagi isteri kau?! Hah?!"
Serangan balas dari Rayden membuatkan Riyyadh mati bicara. Lidahnya keras terkedu.
Perlahan-lahan, dia mengalirkan air mata.
Tangisan Riyyadh yang sayu mengundang sebak di hati mereka semua yang turut berada di situ.
Rayden mengeluh kesal. Bahu anaknya itu diraih lembut. "Daddy mintak maaf. Daddy cuma tak nak kamu jadi macam ni. Kita dengar dulu apa yang Doktor Kamal nak cakapkan okay?"
Suara pujukan Rayden kembali mengendur.
Riyyadh mengangguk perlahan sebelum memandang wajah serius yang dipamerkan oleh doktor lelaki yang merawat Aisya itu.
"Doktor..."
Keluhan yang panjang dilepaskan oleh Doktor Kamal.
"Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya. Tapi...keadaan Aisya sekarang sangat kritikal dan kami terpaksa tempatkan dia di ICU buat sementara waktu sehinggalah Aisya melepasi fasa kritikal tersebut."
Penjelasan itu membuatkan kekuatan tubuh Riyyadh hampir rebah ke lantai jika tiada tangan Rayden yang menyambutnya.
Doktor Kamal jeda untuk beberapa saat sebelum kembali menyambung butir bicaranya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...