"YOU JANGANLAH RISAU. NANTI SEDARLAH MUMMY YOU TU."
Dada bidang Riyyadh diusap menggoda oleh Tiara yang sedang berada di atas pangkuan lelaki itu.
"Hmm." Balas Riyyadh ringkas dan tanpa nada. Fikirannya runsing. Sejak dari peristiwa berdarah itu, sekalipun dia tidak pergi untuk melawat Safiyah. Bahkan untuk meminta maaf kepada Rayden juga langsung tidak pernah dia terfikir. Hatinya berbelah bahagi.
Dia merasa bersalah namun dalam masa yang sama, dia merasa berang jika bertemu dengan Rayden semula.
Tiara yang melihat balasan Riyyadh yang seperti acuh tidak acuh membalas kata-katanya itu mula berdecit geram. Lantas, rahang tajam lelaki itu ditolak kasar agar menghadap ke arahnya. Kedua lengannya pula dilingkarkan pada leher Riyyadh dan tangan kekar lelaki itu diraih agar memeluk pinggangnya. Jarak antara mereka sengaja dirapatkan lagi sehingga dada mereka saling bersentuhan.
Sepasang iris coklat Riyyadh yang memandang kosong ke arahnya ditatap tajam.
"Baby, kalau you risaukan Mummy you tu, pergi jelah tengok dia. Tak payah risaukan I. Tak payah contact dengan I langsung pun tak apa. I tak kisah. Lagipun, I bukannya penting dalam hidup you kan?" Sengaja Tiara cuba menghasut pemikiran Riyyadh.
Riyyadh mengeluh berat. Pinggang ramping wanita itu dielus perlahan. "Apa cakap macam tu, hmm? Mestilah you yang paling penting dalam hidup I. Kalau tak penting, I tak akan susah-susah pertahankan hubungan kita ni. So, please faham dengan keadaan I, dear. I tersepit. Sebab dua-dua, I sayang. Please, jangan macam ni."
Lembut sahaja suara dan nada yang digunakan oleh Riyyadh jika bersama Tiara. Sedangkan jika bersama Aisya, hanya herdikan dan kata makian yang dilemparkan kepada gadis polos itu.
Tiara mencebik tanda tidak berpuas hati. Rancangannya untuk memisahkan mereka sekeluarga ternyata masih lagi sukar.
Jadi, dia perlu meracuni fikiran Riyyadh lagi.
Wajahnya dipalingkan ke sisi. Lengannya yang tadi memeluk leher Riyyadh kini beralih memeluk tubuhnya sendiri.
"Dear..." Dagu runcing Tiara diraih lembut. Dan secara tiba-tiba wanita itu mengalirkan air mata membuatkan Riyyadh terkejut dan cemas.
"Hye, hye. Kenapa menangis ni hmm? I tak marah you pun dear. Kenapa ni?" Air mata itu disapu oleh Riyyadh. Pelukannya pada tubuh wanita itu semakin dikemaskan.
"I hiks I rrasaa bbersalahh...ss-sebabkan I hiks...you tersepit...and you b-bbergaduh dengan family you..." Air mata yang palsu itu semakin lebat mengalir menuruni wajahnya.
Riyyadh hanya tersenyum nipis. Dahi bersih Tiara dikucup hangat. Lalu, wanita itu ditarik masuk ke dalam dakapannya.
"Tak, dear. You tak salah apa-apa pun. Tak payah rasa bersalah okay? Sebab I buat semua ni pun demi you. You sorang je yang I cinta. Jadi, I akan buat apa saja demi kesayangan I sorang ni." Bibir merah Tiara dicuit manja.
"Tapi I rasa macam I jahat. I dah pisahkan you dengan family you. Patutnya I yang undur diri. I yang kena pergi dari hidup you."
"No! Just stay by my side, dear. All I want is you. You. No one else." Bangkang Riyyadh tegas. Wajahnya juga kembali serius.
Di dalam diam, Tiara bersorak keriangan. Heh. Mudah sahaja lelaki itu tersungkur di dalam tangannya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...