BAM!!!
Rafael yang menghempas pintu bilik mesyuarat Riyyadh hanya menayangkan wajah yang bersahaja saat mata-mata yang berada di situ memandang hairan ke arahnya.
Riyyadh mendengus kasar melihat sikap biadab adiknya itu.
"We need to talk." Tegas Rafael bersama tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Riak wajahnya tegang menandakan yang dia tidak bermain-main atau mahu bergurau ketika ini.
"Tunggu sampai aku habis meeting." Jawapan yang diberikan oleh Riyyadh ternyata menimbulkan situasi yang tegang ketika ini.
Kerusi yang diduduki oleh salah seorang pekerja di situ, disepak kuat oleh Rafael sehingga pekerja lelaki itu bergegas berdiri bersama riak wajah yang terkejut dan takut.
Bukan dia sahaja, malah pekerja-pekerja yang lain turut terkesan dengan amukan Rafael itu.
"I said now!" Jerkah Rafael bersama mata yang mencerlung garang. Dia sudah tidak dapat bersabar lagi. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Kerana Riyyadh sudah melampaui batasnya!
Namun, Riyyadh tenang membalas renungan itu dan kembali menyambung mesyuaratnya tanpa menghiraukan jejaka tersebut.
Berang dengan sikap sambil lewa abangnya, lantas sepucuk pistol yang tersisip kemas di sebalik jaket kulit hitam yang dipakai olehnya dicapai dan diacu tepat pada kepala salah seorang pekerja di situ.
Membuntang luas mata semua yang berada di situ bersama wajah yang terkejut dan ketakutan.
Ya, sisi gila Rafael sudah keluar.
Jika, Riyyadh seorang yang panas baran, maka dia pula seorang yang gila. Dan jangan dibawa bermain dengan 'gilanya' yang satu itu. Bahkan orang yang tidak bersalah juga pernah menjadi mangsa kegilaannya itu.
Sedikit pun dia tidak gentar untuk menimbulkan kekecohan meskipun di tempat yang terbuka dan tempat yang dipenuhi dengan orang awam seperti ini.
Kerana dia, Rafael Shakeel Zavfier.
Bukan seorang ketua mafia seperti Daddy dan abangnya,
Namun, seorang pembunuh upahan yang sangat terlatih dan cekap.
Sudah beratus nyawa yang sudah terkorban di dalam tangannya.
Kening Rafael yang tebal dijongket tinggi ke arah Riyyadh yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Masing-masing menghantar isyarat pandangan yang mengandungi maksud tersirat di mana hanya mereka sahaja memahami perkara itu.
"Dismissed!" Arah Riyyadh sepatah bersama nada suara yang garang kepada semua pekerja yang berada di situ. Tidak mengambil masa yang lama, mereka semua bergegas mengemas barang masing-masing sebelum menuju ke arah pintu bersama langkah yang tergesa-gesa.
Dan isyarat juga turut diberikan kepada Ash iaitu pembantu peribadinya agar menguruskan pekerja-pekerja itu supaya perkara ini tidak sampai ke pengetahuan pekerja yang lain. Dan yang pasti ke pengetahuan orang luar serta klien-klien yang berurusan dengannya. Kerana ini akan mengganggu urusan perniagannya.
Rafael tersenyum sinis. Muncung pistol itu dihalakan tepat pada daun pintu, lalu picu ditarik dan sebuah tembakan dilepaskan tepat melintasi sisi kepala seorang pekerja wanita yang bergegas mahu keluar dari ruangan tersebut.
Terjerit mereka semua di dalam keadaan yang sangat takut.
Ash segera menghampiri mereka lalu membantu mereka semua untuk keluar dari situ. Segera meleraikan keadaan yang sudah semakin kabut itu.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...