"BYE baby!" Tiara melambai ceria seraya melayangkan sebuah flying kiss ke arah Riyyadh yang sedang berada di dalam perut kereta.
Lelaki itu menggeleng perlahan bersama sebuah senyuman yang kacak menghiasi wajahnya.
"Bye, dear." Balas Riyyadh dengan ringkas sebelum cermin tingkap kereta dinaikkan lalu Jaguar FX yang dipandunya bergerak laju meninggalkan perkarangan banglo milik keluarga kekasihnya itu.
Pemergian Riyyadh hanya dipandang dengan mata sebelum Tiara berpaling untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil bernyanyi-nyanyi kecil dan gembira.
Sebaik sahaja pintu utama dibuka, terpampang jelas wajah tegang bapanya. Keluhan yang berat dilepaskan oleh Tiara. Lalu bersama wajah yang malas, dia melintasi susuk tubuh Dato' Fuad tanpa rasa hormat terhadap bapanya itu.
"Baru sekarang tahu nak balik?" Tegur Dato' Fuad keras sekaligus menghentikan langkah satu-satunya anak perempuannya itu.
Mata dijulingkan ke atas lalu dia berpaling ke belakang dan menghadap wajah Dato' Fuad.
"Papa nak apa? Tiara dah balik kan? So, papa nak bising apanya lagi? Tiara penatlah." Kata-katanya diucapkan tanpa rasa bersalah.
"Apa nak jadi dengan kamu ni Tiara? Semalaman langsung tak balik rumah. Bila papa tanya kawan-kawan kamu, diorang semua cakap yang kamu tak ada dengan diorang. Kamu pergi mana Tiara?" Dato' Fuad bertanya lagi. Semalaman dia risau memikirkan keadaan anaknya itu.
"Fine! Ya, Tiara memang tak jumpa kawan-kawan Tiara. Semalam Tiara tidur rumah Riyyadh. Puas hati papa?"
Dato' Fuad hampir terduduk lemah. "Apa kamu cakapkan ni Tiara?! Kamu tahu tak apa hukum serumah dengan lelaki yang ajnabi?!" Nada lelaki separuh usia itu sudah menginjak seoktaf.
"Kitaorang tak buat apa-apa punlah. Papa jangan nak bising sangat boleh tak? Please, Tiara nak rest. Lepas ni Tiara ada photoshoot. So, please give me some space." Wajah Dato' Fuad dikerling sekilas lalu dia mula melangkah mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
Rimas mahu mendengar bebelan bapanya itu. Sudahlah tubuhnya penat dan lenguh kerana semalaman dia melayani kehendak Riyyadh. Jadi, masa yang ada ini dia mahu mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya sebelum bergerak menghadiri sesi photoshootnya.
Dato' Fuad menggeleng kesal dengan sikap biadap Tiara. Jawapan dari anaknya itu masih membuatkan dia merasa ragu-ragu untuk mempercayai bahawa tiada apa yang terjadi di antara Tiara dan Riyyadh malam tadi. Hatinya terlalu risau memikirkan semua itu. Bimbang jika dua pasangan itu melakukan perkara yang bukan-bukan tanpa pengetahuannya.
"Abang?" Tegur isterinya yang baru tiba dari arah dapur sambil membawa secawan air.
Dato' Fuad kembali melangkah ke arah ruang tamu lalu melabuhkan duduk di atas sofa di situ.
Datin Diyana yang melihat wajah kusut suaminya itu turut melabuhkan duduk bersebelahan dengan lelaki itu.
Bahu suaminya disentuh perlahan. "Kenapa ni abang?"
Dato' Fuad mengeluh berat. Pertanyaan isterinya itu dijawab dengan nada yang berat.
"Abang tak tahulah apa nak jadi dengan anak kita sorang tu. Terlalu biadab."
Datin Diyana mengerutkan dahinya. "Kenapa pulak? Tiara dah balik ke?"
Dato' Fuad mengangguk perlahan.
"Lahh ye ke? Semalam dia pergi mana?"
"Dia tidur rumah Riyyadh."
"Ouh, baguslah tu. Sekurangnya dia tak merayap ke tempat-tempat yang tak elok."
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...