🥀BAB - 41

38.3K 796 86
                                    

AIR mata yang tidak henti mengalir dikesat kasar oleh Aisya. Kerap berkali-kali dia menoleh ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa yang mengekorinya ketika ini.

Kedua telapak kakinya juga mula terasa pedih dan perit kerana ketika ini dia hanya berkaki ayam semata-mata. Darah juga mula mengalir sedikit demi sedikit saat permukaan kulit telapak kakinya mulai terluka dan terkoyak dek kerana bergesel dengan permukaan jalan yang bertar itu.

Akan tetapi, semua itu tidak sedikitpun melunturkan semangat Aisya untuk mencari jalan agar dia bebas dari tawanan Riyyadh yang bertuhankan nafsu dan amarah.

Sungguh ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan Aisya.

Takut.

Gementar.

Bimbang.

Sakit.

Pandangannya juga mulai berbalam dan kabur. Tubuhnya semakin melemah dan Aisya sudah hampir kehabisan tenaganya.

Kepala digeleng berkali-kali untuk meredakan denyutan yang terasa pada kepalanya.

Dia berdesis perlahan seraya memegang sisi kepalanya lalu dengan sisa tenaga yang masih tersimpan, langkah diatur perlahan dan penuh berhati-hati. Kerana, jarak antara keberadaannya dengan hospital milik Adam masih lagi dekat dan dia masih dapat melihat dengan jelas bangunan berwarna putih itu.

Jadi, tidak kira apa sekalipun yang berlaku, dia perlu tetap meneruskan perjalanannya.

Titipan doa juga tidak putus-putus dipanjatkan kepada Yang Esa agar usahanya berjaya dan perjalanannya selamat.

Keringat, darah serta air mata menjadi saksi keutuhan Aisya di malam itu. Betapa cekal gadis muda itu untuk membebaskan jiwa serta tubuhnya dari terus menjadi mangsa noda kepada sang syaitan yang tidak pernah mengenal erti belas kasihan. Meskipun sang syaitan itu sudah menjadi suaminya yang sah dan halal, tetapi jalan hidup Aisya semakin gelap dan terseksa.

Selangkah demi selangkah.

Meskipun langkahnya kecil dan lemah, namun keyakinannya kepada Yang Esa sesungguhnya sangat besar dan kuat.

Dan sedang gadis itu melangkah, sepasang mata bundarnya tertancap pada sebuah kereta yang berhenti tepat di bahu jalan yang hanya beberapa langkah dari jaraknya ketika ini.

Senyumannya mulai terbit.

Harapan.

"Terima kasih, Ya Allah." Ujar Aisya bersama air mata kegembiraan.

Apa yang pasti, dia mahu meminta pertolongan dari pemilik kenderaan tersebut.

Dengan harapan yang bersinar, dia melangkah ke arah kenderaan itu bersama langkah yang terhinjut-hinjut.

Setibanya di sisi tempat pemandu, cermin tingkap pada bahagian itu diketuk perlahan oleh Aisya.

Dek kerana cermin tingkap yang tebal dan gelap itu, Aisya agak sukar untuk melihat dengan jelas gerangan yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Dan tidak menunggu lama, cermin tingkap tersebut diturunkan dari arah dalam oleh pemilik kenderaan itu.

Berdebar Aisya rasakan. Tetapi ini sahaja jalan yang dia ada. Kerana pada bila-bila masa sahaja, orang-orang Riyyadh pasti akan menemuinya kelak sekiranya dia masih berlegar di kawasan ini.

Pandangan ditundukkan ke bawah oleh Aisya sambil jari jemari digenggam erat.

Manakala pemilik kenderaan itu merenung hairan ke arah Aisya yang berpakaian lengkap baju hospital.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now