🥀BAB - 15

45.8K 816 250
                                    

"BABY, TENGOK BAJU I NI..."

Suara rengekan Tiara yang sedang duduk di tempat duduk penumpang menarik perhatian Riyyadh yang sedang tenang memandu.

"Kenapa dear?" Tanya Riyyadh ringkas. Manakala tangannya cekap mengawal stereng kereta.

"Eeeee baby! Tengoklah betul-betul! Baju ni dah buruklah! Lepastu dah dua kali I asyik pakai baju ni tau!" Bentak Tiara bersama wajah yang mencebik tidak puas hati.

"Kan baru je beli dua minggu lepas?" Soal Riyyadh yang masih tenang.

"Ish! You ni tak faham perempuan langsunglah! Kalau I pakai baju ni banyak kali, nanti orang kata I ni miskin! Tak ada baju! Asyik pakai baju yang sama je! I tak naklah orang mengata I macam tu. Lagipun I kan model. So, I kenalah berfashion setiap hari."

"Ouh, so ni hint nak baju baru la kiranya?"

Terus melebar bibir merah Tiara melorekkan senyuman yang ceria. Lengan sasa kekasihnya itu dirangkul dari sisi dan tanpa segan silu, kepala dilabuhkan pada bahu lelaki itu.

Jari jemari runcingnya mula menari-nari di sekitar lengan Riyyadh dan perlahan menurun ke abdomen lelaki itu. Diusap perlahan dengan gerakan yang menggoda. Manakala Riyyadh hanya membiarkan sahaja. Masih fokus dengan pemanduannya.

"Boleh ke baby?" Soalan Riyyadh dibalas kembali dengan soalan dari Tiara.

"I kan dah cakap. Kalau nak beli apa-apa, beli je guna kad I. Kad tu unlimited. Ada kan I bagi dekat you?" Kepalanya dipusingkan sedikit bagi memandang Tiara yang sedang tersengih ke arahnya. Kepala digeleng perlahan melihat telatah kekasihnya itu.

"Haah, you ada bagi. Tapi, I nak shopping dengan you. Tak bestlah shopping sorang-sorang. Tak ada orang teman." Pipi Riyyadh dikucup sekilas.

Tersenyum Riyyadh dengan perilaku Tiara yang mencuit hatinya. Puncak kepala Tiara yang berlapikkan tudung bawal itu diusap dengan sebelah tangan.

"Okay, harini I teman you pergi shopping." Balas Riyyadh kembali.

Sepasang mata cantik Tiara bersinar dengan teruja. Laju sahaja kepalanya dipanggungkan dari terus bersandar pada bahu Riyyadh.  

"Betul ni baby?!" Suara jeritan teruja Tiara memenuhi ruangan kereta yang mewah itu.

"Yes dear."

"Yeay!!! Love you, baby!"

Cup!

Sekali lagi pipi lelaki itu dikucup olehnya sebelum kepala kembali direhatkan kembali pada bahu tegap Riyyadh.

"Love you too."

Pandangan mereka bersatu seketika sebelum keduanya melorekkan tertawa kecil.

Pemanduan diteruskan bagi menuju ke arah butik baju yang selalu dikunjungi oleh mereka berdua. Atau lebih tepat lagi, butik baju berjenama mewah yang pasti harga setiap sehelai baju di situ mencecah ribuan ringgit.





🥀🥀🥀

TOMBOL pintu bilik tidur Riyyadh cuba dipulas berkali-kali oleh Aisya. Namun gagal kerana pintu itu dikunci dari arah luar dan dilengkapi dengan kata laluan yang hanya Riyyadh seorang sahaja yang mengetahuinya.

"Tolong..." Suara serak Aisya kedengaran sangat perlahan. Dia yang melorot jatuh pada pintu bilik kelihatan sangat lemah dan tidak berdaya. Sejak dari semalam Aisya langsung tidak menjamah sebarang makanan. Tenaganya sudah hilang sepenuhnya. Tubuh kecilnya menggigil dengan hebat. Sungguh Aisya tidak dapat menahan seksaan ini lagi. Hanya air mata sahaja yang menjadi penemannya.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now