🥀BAB - 65

35.9K 935 256
                                    

"INI RUMAH SIAPA, ABANG?"

Adam yang sedang berdiri di sebelah Aisya sambil menjinjit beberapa beg kertas di tangan, dipandang oleh Aisya dengan riak yang penuh tanda tanya.

Soalan yang diutarakan oleh Aisya itu dibiarkan berlalu untuk beberapa saat sebelum beg-beg kertas yang dipegang olehnya diletakkan ke bawah lalu jari telunjuk Adam yang panjang dan besar itu mula naik menekan beberapa nombor pada skrin kecil yang dipasangkan bersebelahan pintu rumahnya.

Tit!

Setelah kata laluan berjaya dikesan oleh pengimbas skrin itu, Adam kembali menjinjit semula beg-beg kertas tersebut.

Senyuman ditarik khusus hanya buat Aisya.

"Ini kondominium abang. Mulai dari hari ini, Aisya tinggal dekat sini ya?"

Sambil menjawab, sambil kakinya melangkah masuk ke dalam kondominium mewah itu.

Kepala ditoleh ke belakang dan wajah Aisya yang jelas ketakutan itu ditatap dengan senyuman yang kacak.

"Come. Masuklah." Pelawa Adam dengan ramah tanpa sedar akan trauma yang mula menjengah di hati Aisya.

Dengan perlahan, Aisya menggeleng. Tubuhnya juga mulai menggeletar. Air mata mula bertandang di kolam matanya. Hanya menunggu masa untuk tumpah sahaja.

Tidak!

Dia tidak mahu tinggal sebumbung bersama lelaki lagi. Cukup hanya memori pahitnya bersama Riyyadh dahulu menjadi pengajaran buat dirinya sehingga ke akhir hayat.

Dan memori pahit itu tidak akan diulangi untuk kali kedua. Tidak.

Melihatkan kegelisahan Aisya, kening tebal Adam bertakuk hairan.

Gadis itu dihampiri olehnya namun Aisya segera berundur ke belakang dengan kepala yang masih menggeleng.

"Jangan dekat..." Rayu Aisya.

Rayuan itu semakin membuatkan Adam menjadi hairan. Melihat Aisya seakan mahu menangis membuatkan dia juga turut berasa cemas.

"Aisya...kenapa ni?"

"Ai-aisyaa tak nak tinggal dengan abang..." Balas Aisya dengan suara yang tersangkut-sangkut.

Tubir matanya yang tidak dapat untuk menampung lagi takungan air matanya, mulai pecah dan membasahi wajah bersih Aisya.

Akhirnya setelah beberapa detik, Adam dapat menebak apa yang berada di fikiran gadis itu.

Baru dia sedar, bahawa dia tersilap memberi penjelasan kepada Aisya. Patutlah Aisya tidak mahu dia mendekat.

"Aisya dah salah faham dengan abang. Maksud abang, ini kondo abang tapi abang tak tinggal dekat sini. Abang tinggal dekat rumah abang yang lagi satu. Kondo ni, abang sendiri yang izinkan Aisya untuk tinggal dekat sini. Aisya jangan risau ya? Abang tak akan buat Aisya macam tu. Abang masih tahu batas abang. Aisya akan selamat dekat sini. Abang minta maaf okay?"

Panjang lebar Adam memberikan penjelasan yang sebenar kepada Aisya. Cemas Adam dibuatnya sebentar tadi. Mujur dia sempat sedar akan perubahan reaksi yang ditunjukkan oleh Aisya.

Adam sedar bukan mudah untuk Aisya pulih dari semua ini. Kerana luka yang ditinggalkan pada jiwa gadis itu sememangnya meninggalkan parut yang mendalam dan sukar untuk disembuhkan. Tetapi usaha dia tidak akan terhenti di sini sahaja. 

Mata bundar Aisya merenung dalam ke iris kelabu Adam bagi mencari titik kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu.

Meskipun Adam banyak berbuat baik kepadanya, tetapi hati Aisya masih was-was untuk menilai Adam sebagai seorang lelaki yang baik.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now