🥀BAB - 52

37K 911 185
                                    

BAYANGAN seseorang yang mengekori gerak geri Rafael dari arah belakang dapat dihidu dengan mudah oleh jejaka itu.

Bibirnya kini mekar dengan senyuman yang penuh sinis. Tanpa gentar, Rafael kembali menyambung langkahnya sambil kunci kereta dilambung-lambung tinggi ke udara dan bersiul-siul kecil seperti lagaknya yang biasa. 

"The game has started, bitch." Rafael mempamerkan riak wajah yang penuh misteri. 

Dengan sengaja dia melangkah ke sebuah lorong yang gelap dan sunyi untuk memancing sang gerangan tersebut. Dan pancingannya berjaya kerana sebaik sahaja dia berada di pertengahan lorong, jalan  di hadapannya disekat dengan kehadiran dua orang lelaki bertubuh sasa dan berpakaian serba hitam di mana kedua lelaki itu memegang sebatang besi dan sebilah parang di tangan masing-masing. 

Wajah yang dipamerkan oleh mereka juga penuh dengan tatapan yang dingin dan menggerunkan. Namun, situasi itu langsung sama sekali tidak berjaya menggentarkan Rafael. 

Dan dalam masa yang sama, muncul lagi dua susuk tubuh lelaki dari arah belakang Rafael di mana mereka turut memegang senjata masing-masing. 

Dari sudut mata, Rafael cekap mengangkap kehadiran mereka yang berada di belakangnya. "Wow, ramainya! Korang datang nak mintak tandatangan aku ke apa ni? Awhhh terharunya aku!" 

Tangan ditekup ke mulut bersama wajah yang berpura-pura terharu. Tetapi, empat lelaki upahan yang telah diberi tugas untuk membunuh jejaka di hadapan mereka ini masih lagi mengekalkan kedinginan dan aura bengis mereka. Dan salah seorang dari mereka yang berdiri di hadapan Rafael mula mengorak langkah mendekati sasaran mereka itu. Kini, jarak antara Rafael dan lelaki itu hanyalah sejengkal sahaja. 

Dan Rafael masih lagi Rafael. Wajahnya masih kekal tenang. Tiada rasa takut ataupun terancam. Hanya ketenangan dan keseronokan yang bermain di fikirannya di saat genting seperti itu. 

"Kami tak perlukan tandatangan kau, yang kami perlukan adalah kepala kau yang akan terpisah dari badan kau sekejap lagi!" Lelaki itu mula berlari ke arah Rafael dan mengangkat tinggi besi yang di dalam genggamannya dan dihayunkan dengan daya yang sangat kuat ke arah kepala Rafael. 

PAP!

Besi itu ditangkap kemas dan sangat cekap oleh Rafael yang menyebabkan mata lelaki itu terbuntang luas melihatkan kecekapan yang dimiliki oleh jejaka tampan itu. 

Rafael berdecit kuat seraya menelengkan kepalanya ke kiri sedikit dengan gerakan yang perlahan. Perlahan namun cukup menggerunkan pihak lawan. Termasuk tiga lagi lelaki upahan itu. 

Sepasang iris hitam milik Rafael mula bertukar menjadi merah yang sangat pekat. Menyerlahkan lagi aura dinginnya. Lalu dengan mudah, besi itu dibengkokkan olehnya bersama urat hijau yang mulai timbul pada dahi dan lengan kekarnya. 

"Kk-kauu..." Lelaki itu tergagap-gagap untuk menuturkan kata-katanya. 

"Shhh, kita bincang elok-elok okay?" Sinis Rafael berkata-kata.

PAK!!!

Lututnya naik menghentak kuat abdomen lelaki itu lalu tangan lelaki itu dipulas kasar olehnya sebelum besi tersebut dirampas dengan mudah oleh Rafael dan dihentak kuat pada kepala sang mangsa sehingga terkulai tidak bernyawa di atas jalan tar tersebut tanpa sempat mempertahankan dirinya dari serangan pantas Rafael. 

TING!

Dentingan besi yang dihempas di atas jalan tar itu bergema kuat menyelusuri segenap lorong. Jasad kaku di hadapannya itu diludah sebelum wajah-wajah yang berdiri mengepungnya di dalam bentuk bulatan ditatap tajam oleh iris merahnya dengan pandangan yang penuh psiko dan membunuh. 

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now