🥀BAB - 55

37.1K 914 128
                                    

BAM!

Pintu utama mansion dihempas kuat oleh Riyyadh. Kunci kereta dilempar di atas sofa lalu butang-butang kemejanya dibuka ganas dan dikuak ke sisi tubuh sekaligus mendedahkan dadanya yang bidang itu. Tali pinggang juga turut dicabut lalu dilipat dua sebelum dibelit pada genggaman tangannya.

"Kau memang nak mampos kali ini, flower." Rahangnya bergeletuk dan bergerak-gerak tajam. Seiring dengan perasaannya yang dipenuhi dengan api kemarahan. 

Lalu, dengan pantas kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam dapur untuk mencari susuk tubuh Aisya.

"AISYA!!! AISYA!!! AISYA QHAISARAH ROSE!!!" Nama penuh Aisya dilaung dengan sangat kuat. Tetapi, tiada sahutan yang kedengaran.

"KELUAR! AKU CAKAP KELUAR, AISYA! KELUAR!!!"

PRANG!!!

Seiring dengan itu, pinggan dan cawan dibaling kuat ke arah dinding sehingga hancur berkecai menjadi serpihan kecil.

"KAU NAK MAIN SOROK SOROK YA FLOWER? HMM? TAK NAK KELUAR YA?" Penuh psiko Riyyadh bertutur. Nadanya juga sinis dan sarkastik.

"Aisyaaaaa...keluarlah sayang...hmm...hubby datang ni..." Riyyadh menyeringai jahat. Nadanya meleret dengan penuh gaya yang psiko. Kerusi makan sengaja diseret untuk menghasilkan bunyi geseran yang mendebarkan buat Aisya.

Dia tahu gadis itu sedang bersembunyi darinya ketika ini. Mustahil untuk Aisya melarikan diri dari mansion ini kerana telah dikawal dengan ketat oleh anak-anak buahnya. Semua jalan keluar yang memungkinkan Aisya untuk melarikan diri telah disekat dengan rapi.

Jadi, jelas Aisya sekarang ini sedang bersembunyi di sekitar ruang di dalam mansion tersebut.

Bibir dijilat perlahan oleh Riyyadh apabila matanya tertancap ke arah kesan tapak kaki Aisya yang tercalit dengan kek coklat yang masih lagi bertaburan di atas lantai dapur.

Bingo!

Dia tersenyum kemenangan apabila jejak kesan tapak kaki itu membawanya ke arah tandas di dapur tersebut.

"I found you, flower." Leher diregangkan ke kiri dan ke kanan sehingga menghasilkan bunyi gerakan tulang yang kuat.

Dengan perlahan, dia menghala ke arah tandas bersama senyuman yang masih tidak lekang dari wajahnya. Senyuman yang mengerikan. Senyuman yang menjadi mimpi ngeri buat Aisya.

Telinga dilekapkan pada pintu tandas itu sambil tangannya memulas tombol pintu tersebut. Dia tahu pintu itu telah dikunci dari arah dalam. Tetapi tidak salah jika dia mahu menakut-nakutkan Aisya sedikit. Menambahkan lagi keseronokan di antara mereka berdua.

Why not? Hmm?

Dipulas tombol itu dengan gerakan yang perlahan dan berkali-kali.

"Flower sayang, tak nak bukak pintu ni ke? Hubby nak masuk ni..." 

Sejurus itu, Riyyadh tertawa kuat mendengarkan kata-katanya sendiri.

Manakala Aisya yang berada di dalam tandas, semakin merapatkan tubuhnya pada sudut ruang tandas tersebut bersama tangan yang menekup telinga. Air matanya deras mengalir menandakan dia sungguh takut ketika ini. Tubuhnya menggigil. Malah, darahnya juga menyerbu ke seluruh tubuh bersama jantung yang dipam laju.

Debarannya semakin tidak terkawal apabila tombol pintu itu semakin dipulas kasar dari arah luar.

"Ya Allah...tolong Aisya...tolong Aisya...lindungi Aisya Ya Allah...Aisya merayu..." Bantuan dan perlindungan dari Maha Pencipta sangat diharapkan oleh Aisya di saat yang genting ini.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now