🥀BAB - 45

37K 816 110
                                    

PASANGAN yang sedang enak menjamu selera itu dipandang sepi oleh Aisya.

Sebentar tadi Tiara menyuruhnya agar berdiri di sudut meja itu sehingga mereka berdua selesai menjamu selera. Renungan tajam yang dihantar oleh Riyyadh juga turut membuatkan Aisya tidak berani untuk membantah arahan dari kekasih hati suaminya itu.

Sudah hampir setengah jam dia berdiri di situ dan kali terakhir dia mengisi perutnya adalah pada waktu makan tengahari tadi.

Setiap kemesraan yang dipamerkan oleh Riyyadh kepada Tiara sedikit sebanyak menjetik hati kecil Aisya. Tidak sedikitpun Riyyadh berlaku kasar terhadap Tiara sebagaimana suaminya itu melayannya. Malah, pasangan itu bersikap seakan-akan mereka merupakan suami isteri.

Di saat Aisya sedang sibuk menyediakan juadah di dapur, pasangan kekasih itu sedang hanyut dibuai arus asmara.

Sedikitpun tidak terbit rasa bersalah mahupun rasa berdosa di dalam diri mereka.

Dan Aisya terpaksa menahan hati dan menahan air mata melihat suaminya sendiri menjalinkan hubungan sulit ketika keberadaannya. Namun apakan dayanya kerana dia hanyalah isteri rahsia yang hanya berstatus sebagai tempat untuk Riyyadh melempiaskan nafsu serta amarahnya. Aisya sedar akan semua itu. Rumahtangganya ini hanya dibina di atas dasar nafsu Riyyadh semata-mata.

Tiada rasa cinta.

Tiada rasa kasih.

Tiada rasa sayang.

Bahkan tiada rasa kasihan.

Sisi bajunya digenggam erat. Wajah ditundukkan ke bawah tatkala Tiara mula memanjat naik ke atas riba Riyyadh dan melentokkan kepalanya di atas bahu lelaki itu. Manakala belakang tubuh Tiara pula dielus lembut oleh Riyyadh. Akan tetapi, sepasang iris coklat itu merenung tajam ke arah Aisya tanpa mengalihkan sedikit pun pandangannya.

Hati yang terasa seakan ditusuk dengan belati tajam cuba ditahan sebaik mungkin oleh Aisya. Ya, sememangnya dia juga tidak mencintai dan menyayangi Riyyadh. Namun, lelaki itu sudah sah bergelar suaminya. Aisya juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari rasa cemburu dan sedih melihat suaminya sendiri bermesra bersama wanita lain di hadapan matanya sendiri.

Sabar.

Aisya hanya perlu bersabar kerana di sebalik kesabaran yang dia pupuk, akan membuahkan satu kebebasan yang dinantikan olehnya selama ini.

Kebebasan dari dunia yang penuh noda ini.

Dan yang pasti, kebebasan dari tawanan syaitan ini.

"Baby, bila you nak bawak I pergi shopping lagi?" Suara rengekan Tiara pantas mematikan renungan Riyyadh terhadap Aisya.

Kepalanya ditundukkan sedikit bagi mengintai wajah Tiara yang sedang bersembunyi di sebalik bahu tegapnya.

Tawanya terletus kecil. Pinggang ramping wanita itu ditepuk sekilas.

Napkin dicapai dan dikesat pada bibirnya.

"Anytime, dear. Just tell me the date, then I'll spend my whole day for you. Only for you." Romantis Riyyadh menjawab sambil belakang tubuhnya disandar sepenuhnya pada kerusi.

Kedua sisi pinggang Tiara dipaut kemas agar kekasih hatinya itu tidak terandas ke belakang.

Senyuman yang ceria terbit pada wajah Tiara sebaik sahaja mendengarkan jawapan Riyyadh lalu wajah kacak lelaki itu ditatap teruja.

"Kalau macam tu, esok kita pergi!" Jerit Tiara teruja.

Senyuman Riyyadh melebar.

"Sure. Tapi malam ni kita kena 'overtime' lah sikit. Can you?" Rambut panjang Tiara diselitkan pada belakang telinga wanita itu.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now