LUTUT ditarik rapat ke dada. Bau ubat-ubatan yang kuat mencucuk sehingga rongga hidungnya. Malah, tangan kanannya yang disambungkan dengan saluran kantung air pada rod penggantung air mula terasa berdenyut kerana pergerakannya yang banyak.
Akhirnya, tangisan Aisya terlepas juga. Peristiwa di mana Riyyadh menjatuhkan talak ke atasnya menggugurkan lagi air matanya yang sudah sedia lebat mengalir.
Serta kejadian malam tadi juga mula mencambahkan benih benih traumanya terhadap kaum lelaki. Sepanjang hidupnya ini, mengapa dia harus diuji dengan kerakusan nafsu oleh lelaki di luar sana. Setelah apa yang dilaluinya selama ini tidak mungkin akan dilupakan dengan mudah sehingga nafasnya yang terakhir. Dan jika bukan kerana iman dan kesetiaannya kepada Yang Esa, pasti jiwanya akan rapuh. Malah, satu nyawa yang sedang menghuni rahimnya ini juga merupakan salah satu sebab yang sangat kuat untuk Aisya terus bertahan.
Tangannya dibawa untuk mengusap permukaan perutnya yang dilapisi dengan pakaian hospital itu.
"Ibu akan jaga sayang sampai akhir nyawa ibu...ibu janji ibu tak akan biarkan sayang lalui kehidupan ibu...selagi ibu bernafas, ibu akan berikan yang terbaik untuk sayang...tapi sayang kena janji jangan tinggalkan ibu, ya? Ibu cuma ada Allah dan sayang saja...ibu dah tak ada siapa-siapa lagi...ibu dah tak ada siapa-siapa..."
Selagi jantungnya masih berdegup, dia sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan anak yang bakal dilahirkan ini, tidak akan menjadi seperti dirinya yang hanya dihujani dengan derita.
Aisya menghela nafas dengan perlahan. Pandangan dikalihkan ke arah pintu bilik tersebut.
Seketika, hatinya mula terdetik mendorongnya untuk pergi dari situ.
Ya, jika dia ingin memulakan hidup yang baru bersama anaknya ini, dia harus pergi membina kehidupannya yang baharu di luar sana.
Kehidupan yang baru bersama harapan serta semangat yang baru.
Semestinya Aisya perlu pergi sejauh yang mungkin dari tempat ini.
Itu tekad Aisya.
Jarum yang terbenam pada isi tangannya dicabut dengan kasar dan tergesa-gesa sehingga darah mula menitis dari kawasan yang dicucuk itu.
"Sssttt...ihhh" Terlepas desiran dari seulas bibir munggil tersebut. Pedih dan sedikit sakit.
Bibirnya dikemam kuat seraya kepalanya menunduk ke bawah.
"Hahhh...Allahuakbar..." Semangat ditiupkan kepada dirinya sendiri. Diabaikan rasa pedih pada tangannya lalu lengan bajunya yang besar dan labuh dari tangannya dibawa naik untuk mengesat air mata.
Matanya meliar untuk mencari apa-apa yang boleh digunakan bagi menutup kepalanya. Meskipun keadaan sekarang ini terdesak dan mencemaskan, namun auratnya sebagai seorang muslimah masih utuh dijaga.
Sehelai tuala kecil yang terlipat kemas di atas meja bersebelahan katilnya mencuri perhatian Aisya.
Dengan kalimah Bismillah yang meniti di bibir, kaki dijejakkan juga ke atas lantai yang sejuk itu meskipun kedinginan yang terasa menggigit sehingga tulang belulangnya.
Palang katil dipaut erat agar keseimbangan tubuhnya tercapai. Kesejukan yang mencengkam tapak kakinya tidak menjadi halangan buat Aisya.
Dengan kaki yang menggigil, Aisya melangkah ke arah meja itu dan tuala kecil tersebut dicapai lalu dililitkan pada kepalanya. Sebelah tangannya mengapit lilitan tuala pada bawah dagunya agar tidak terungkai dan sekaligus untuk melindungi lehernya.
Nafas Aisya kedengaran termengah-mengah. Pening dan denyutan pada kepalanya mulai menjengah. Selain itu, bilik yang diterangi dengan cahaya yang datang dari lampu siling itu juga kelihatan kelam pada pandangan Aisya. Tubuhnya yang masih lagi lemah itu semakin terasa tidak selesa apabila tekaknya seakan-akan ingin mengeluarkan sesuatu.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...