CINCIN yang tersarung pada jari manisnya direnung kosong oleh Aisya. Beberapa jam yang lalu, dia sudah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang telah membawanya pulang ke 'istana neraka' ini.
Akad nikah yang diadakan sebentar tadi hanya berlangsung di pejabat agama dan disaksikan oleh tiga orang anak buah Riyyadh sahaja.
Air mata Aisya mula mengalir perlahan membasahi seraut wajahnya. Perkahwinan yang penuh dengan kedukaan dan penderitaan.
Di usianya yang masih muda dan remaja dia sudah terpaksa mengharungi duri-duri derita yang tidak mampu untuk dia hadapi lagi.
"Aisya minta maaf ibu, ayah..." Esakannya mula kedengaran memecahkan suasana yang sepi itu. Aisya terlalu lemah. Hidupnya sudah musnah sepertimana hatinya musnah dan hancur angkara Riyyadh.
Terasa seakan tidak berguna jika dia masih bernafas lagi di atas muka bumi yang penuh dengan noda ini. Namun, iman dan takwanya masih utuh. Kesetiaannya hanya diabdikan buat Dia Yang Satu. Jadi, dia perlu kuat dan tabah. Jalani hari-harinya bersama kekuatan dan semangat yang dikurniakan dari Sang Pencipta. Akan tetapi, dia juga masih seorang yang insan yang biasa dan lemah. Kerana setiap hari dia sentiasa berharap agar dia turut dijemput oleh Ilahi untuk bertemu dengan ibu dan ayahnya di sana.
"Aisya sakit ibu, ayah...sakit sangat-sangat...Aisya perlukan ibu dan ayah..." Rintih Aisya bersama juraian air mata yang semakin lebat mengalir.
Rintihan yang sangat menyayat hati. Namun, setiap rintihan dan tangisan Aisya tidak akan pernah didengari oleh Riyyadh.
Sedang dia menangis, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari arah luar dan muncul susuk tubuh Riyyadh yang tersarung dengan sepersalinan baju melayu berwarna putih.
Lelaki itu kelihatan sangat tampan dan menyerlah pada pandangan sesiapa sahaja namun tidak bagi Aisya. Kerana kehadiran Riyyadh ibarat satu mimpi ngeri buatnya. Dan dengan pantas, Aisya menyapu air matanya agar tidak dilihat oleh Riyyadh.
Akan tetapi sepasang mata helang lelaki itu sempat menangkap akan perkara tersebut namun dia hanya diamkan sahaja. Kerana dia tahu Aisya pasti akan menangis dengan perkahwinan ini.
Perempuan dan air mata memang tidak akan dapat dipisahkan!
Kutuknya di dalam hati.
Menyusahkan!
Kemudiannya matanya melorot tajam ke arah tubuh Aisya yang kelihatan cantik dan anggun di dalam busana baju kurung yang warnanya turut sedondon dengan Riyyadh.
Pintu ditutup rapat dan dikunci oleh Riyyadh lalu dia mula menapak ke arah Aisya yang sedang duduk di birai katil bersama wajah yang menunduk ke bawah.
Jari jemari diramas kuat oleh Aisya saat Riyyadh semakin menghampirinya. Dan tidak semena-mena, lengan halus Aisya ditarik laju oleh Riyyadh memaksa gadis itu berdiri menghadap ke arahnya.
Spontan tangan kecil Aisya menahan pada dada tegap lelaki itu. Dan disebabkan ketinggian mereka yang jauh berbeza, Aisya terpaksa mendongak untuk memandang ke arah Riyyadh yang turut menunduk merenungnya dengan pandangan yang penuh misteri dan dingin.
Belakang tubuh Aisya diusap perlahan dengan sebelah tangan. Manakala yang sebelah pula mula menjalar ke pinggang ramping gadis itu lalu dipeluk erat.
"Jangan harapkan apa-apa dari perkahwinan ni, Aisya. Sebab hati aku bukan milik kau. Kau tak akan mampu untuk ubah apa-apa dalam diri aku. Status kita hanya atas kertas sahaja. Tak akan lebih dari itu. Dan aku tak nak orang lain tahu pasal hubungan kita termasuk keluarga dan kawan-kawan aku sendiri. Jadi, jangan sesekali kau bukak mulut pasal hubungan kita ini. Faham?" Pesan Riyyadh dengan nada yang dingin dan dalam.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...