ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Honey!"
Jangmi menoleh ke belakang. Automatik riak mukanya berubah apabila mendapati junho bekas teman lelakinya itu berlari mendekatinya.
"Huh dia nak apa lagi? Urgh." Rungut Jangmi. Apa lagi yang Junho tak faham? Jangmi bahkan menyekat nombor junho agar lelaki itu berhenti menghantar serta menelefon dirinya.
"Honey, kenapa awak sekat nombor saya? Apa salah saya sampai awak tak layan saya? Tell me. Kalau saya ada buat silap, saya minta maaf sangat-sangat. Tapi jangan buat saya macam ni." Rayu Junho sembari meraih tangan gadis itu dan di genggam lembut. Jangmi mengetap bibir.
Rasanya dia dah buat keputusan yang salah kerana memikat lelaki seperti Junho. Jangmi menghelas nafas pendek lalu tersenyum. Dia menarik tangannya dari genggaman Junho menyebabkan jejaka itu terkedu.
"Junho, saya rasa saya dah bagi penjelasan yang jelas dan mudah untuk awak faham. Kita tak serasi bersama. Awak terlalu baik untuk saya, Junho." Junho menggeleng menafikan kata-kata Jangmi.
"Tak. Cuma awak seorang saja yang rasa macam tu meanwhile saya terima awak seadanya. Honey, tolonglah. Saya dah mula sayangkan awak." Jangmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Naik pening pula dia melayan karenah junho ni.
Memang silap besar dia ajak junho jadi kekasih dia. Dah jadi satu masalah pula nak kena handle.
Baru sahaja Jangmi mahu membuka mulut, seorang lelaki tiba-tiba datang menarik kolar baju junho dari belakang. Tanpa sebarang amaran, tumbukan padu dilayangkan ke pipi junho. Jangmi yang berada disitu segera menekup mulut. Terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.
Lelaki yang menumbuk Junho tadi duduk mencangkung di hadapan Junho. Sudut bibir lelaki itu terjungkit naik ke atas menayangkan senyum sinis. Dia menarik rambut junho hingga lelaki itu terdongak.
"Kau masih belum selesai dengan aku." Ujarnya dengan nada yang keras. Manakala Junho merayu-rayu meminta dilepaskan oleh jejaka itu.
"YAH!" Tangan yang baru sahaja diangkat tadi terus terhenti tatkala jeritan kuat Jangmi menyapa corong telinga.
Jangmi terus menghampiri lelaki itu dan menolaknya ke tepi. Dia memerika keadaan Junho. Habis lebam pipi Junho akibat tumbukan tadi. Boleh tahan padu.
Jangmi mendengus tidak puas hati lalu berpaling. Cerlungan tajam dilemparkan pada jejaka tidak dikenali itu.
"Yah, kenapa kau tumbuk dia? Kalau ada masalah bincanglah elok-elok. Nak tumbuk bagai, ingat masalah boleh selesai?" Marah Jangmi. Namun hanya dibalas dengan kekehan sinis dari jejaka itu.
Dia menapak menghampiri Jangmi. Anak mata gadis itu direnung tajam. Jangmi membalas tanpa rasa gentar.
"I don't want to have any problem with you, bitch. But you got my attention right now."Kata lelaki itu. Jangmi mengangkat sebelah kening.
"Pardon?"
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."