tiga puluh lima

105 18 11
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Tangan disilang ke dada. Anak matanya tidak lepas dari mencerlung ke arah seorang lelaki yang sedang dikerumuni oleh beberapa orang gadis. Rasa cemburu menyelubungi segenap ruang hati. Jeongin dan Jisung yang berdiri belah kiri dan kanan Jangmi hanya beriak biasa saja. Tetapi dalam masa yang sama, aura gelap di tengah-tengah mereka sedikit sebanyak mengentarkan.

"Tch, datang bawa aku. Tapi sibuk menyundal dengan perempuan lain." Mulut Jangmi sememangnya tidak dapat ditapis lagi apabila dikuasai rasa marah.

Dia mengacip gigi geram. Geram melihat kegedikan perempuan-perempuan di situ. Lebih memanaskan dia apabila terdapat tangan gatal cuba untuk menyentuh minho.

"Erg, no! No! You touch him, you die." Tidak tertahan rasa cemburu, lantas Jangmi memulakan langkah mendekati minho. Tanpa sempat ditahan oleh Jisung dan Jeongin.

Bertambah panas bila tangan perempuan asing itu menyentuh bahagian tubuh minho. Jangmi menolak pipi dari dalam. Getah rambut dibuka. Botol mineral dari tangan seungmin dirampas. Dia meneguk air itu rakus sebelum lebihannya disimbah ke arah perempuan-perempuan yang menganggu minho tadi.

"Yah, apa ni?" Jangmi tersenyum sinis. Rata-rata dari mereka menjerit tidak puas hati dengan perbuatan Jangmi. Dia berdiri di hadapan Minho.

"Apa? Kau ganggu hak aku. Apahal? Memang layaklah kau kena simbah dengan air ni. Tch, untung air biasa kan? Sekurang-kurangnya kau selamat." Kata Jangmi dengan lagak sinis. Kalau air panas yang dia simbah tadi, dah melecur agaknya muka perempuan ni.

Minho yang berada di belakang Jangmi itu hanya mendiamkan diri. Dia sekadar menjadi pemerhati drama yang berlangsung di hadapannya.

"Tch, kau siapa? Kau bukan siapa-siapa leeknow pun lah. Tak payah nak berlagak macam kau girlfriend dia." Balas salah seorang daripada mereka. Jangmi mendengus. Kulit wajahnya berubah merah.

"So? Kau girlfriend dia ke? Murah."

"Kau---"

"Girl's, go." Jangmi tersenyum kemenangan apabila mendengar suara datar minho menghalau perempuan-perempuan itu. Sempat dia mengejek. Sengaja mahu menyimbah minyak ke dalam api yang sedia marak.

"Hey, kau nak pergi mana?" Pinggang ramping Jangmi ditarik lembut dari belakang, menghalang gadis itu dari pergi.

"Eish lepaslah. Aku nak balik." Minho tersenyum senget. Postur tubuh Jangmi diubah menghadapnya. Jelas wajah jelita itu masam mencuka.

"Aku menang."

"Then?"

"Aku kata aku menang."

Jangmi memutar mata ke atas.

"Okay then? Apa kaitan kalau kau menang sekali pun?"

"Tidur kondo aku." Minho mengambil helmet lalu dipakaikan pada Jangmi. Sempat mereka bertatapan buat beberapa saat sebelum minho menurunkan visor helmet.

"Aku blah dulu. Ambil ni." Minho menyerahkan sampul coklat pada seungmin. Habuan hasil perlumbaan haram tersebut.

"Pegang kuat-kuat." Pesan Minho sembari menghidupkan enjin motor. Jangmi memeluknya dari belakang sebelum motor kawaski ninja kepunyaan minho meluncur laju di atas jalan raya.

Minho tidak dapat mengawal diri sendiri dari terus tersenyum apabila teringatkan kejadian tadi. Jangmi cemburu. Itu tandanya Jangmi mula menyayangi dirinya.

Deng! Tinggal selangkah sahaja lagi. Iaitu mematahkan hati Geum Jangmi.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now