ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Haein membuka pintu teksi lalu bergegas keluar dan berlari masuk ke dalam hospital besar seoul. Dia terus pergi ke tingkat yang diberitahu oleh Tuan Park tadi. Perasaannya berkobar-kobar tatkala Tuan Park berkata bahawa Jangmi dirawat di hospital.
Tambahan lagi, Tuan Park memberitahunya tentang jantung jangmi terhenti secara mengejut. Dia tidak putus-putus berdoa agar jangmi selamat.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, haein terus keluar. Dia berlari mendapatkan Puan Park yang berdiri tidak jauh dari Lif. Tubuh Puan Park dipeluk erat.
"Mama."
"Haein."
Haein meleraikan pelukan. Dia menatap Puan Park dengan mata yang berkaca-kaca. Puan Park tersenyum tipis. Dia menyeka air mata dari pipi mulus itu. Dia faham bagaimana perasaan haein ketika ini.
"Mama, jangmi dekat mana? Haein nak jumpa dia. Dia selamat, kan?" Soal Haein bernada serak. Puan Park menghela nafas.
"Papa dan beberapa jururawat tengah rawat jangmi dalam wad." Mendengar jawapan Puan Park, Haein menekup muka. Rambut dikuak ke belakang. Puan Park mengusap belakang Haein bagi menenangkan anaknya.
"Sabar, haein. Jangmi kuat, dia mesti dapat lalui situasi kritikal tu." Pujuk Puan Park. Haein mengeluh. Dia mengangguk lemah. Kemudian, Puan Park membawanya pergi ke wad yang menempatkan Jangmi.
Sampai sahaja disana, kelihatan taeyong dan Tuan Geum turut berada disana. Dia perasan wajah lelaki itu agak sembab. Tapi kenapa muka lelaki itu mempunyai kesan lebam?
Haein memeriksa telefonnya. Terdapat enam panggilan yang tidak berjawab dari junho. Semuanya tidak berjawab oleh kerana dia terlalu resah. Mesej daripada junho dibaca sekilas tanpa ada niat untuk membalas.
"Mian." Ucap haein dalam hati. Dia rasa buat masa sekarang, lebih baik jika dia seorang sahaja yang tahu terlebih dahulu.
"Baru berapa hari tak jumpa, kau dah jadi macam ni." Keluh haein. Kalau Jangmi sedar nanti, dia nak ketuk kepala perempuan tu. Biar padan muka, suka hati buat orang risau macam ni sekali. Sudah lah hilang tanpa khabar, akhirnya berjumpa dekat hospital.
"Dia memang tak nak angkat atau pura-pura tak nak jawab?" Gumam junho sendirian. Suaranya perlahan, cukup dia sahaja yang mendengar.
Dia terkejut sebenarnya. Selepas mendapat panggilan, haein terus meninggalkan dirinya keseorangan di lapangan terbang. Dah berapa mesej dia hantar, tapi haein tak balas. Itu membuatkan junho risau sekiranya ada sesuatu yang buruk berlaku.
"Apa dah jadi dengan haein sebenarnya?" Soal junho.
Kereta yang dipandu junho semakin perlahan dan kemudian dia menghentikan keretanya di bahu jalan. Junho berkerut dahi melihat tiga buah motor menyekat laluannya. Apabila salah seorang daripada lelaki itu membuka helmet, barulah dia mengeluh lega.
Dia ingatkan kumpulan geng motor mana entah yang sekat jalan dia.
Junho keluar dari kereta. Dia menghampiri seungmin sembari membetulkan kedudukan kaca mata di batang hidung.
"Kau cari hyung ke?" Soalan junho dijawab dengan gelengan.
"Oh habistu kenapa halang jalan aku?"
"Kau sudi jadi anggota crime's?"
Junho terkedu. Dia tak salah dengar kan? Seungmin ajak dia masuk geng motor. Junho menggaru kepala yang tidak gatal.
"Tapi aku mana ada motor."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanficKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."