ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Seperti yang Haein katakan padanya semalam, kini Jangmi cuba untuk menerima minho. Tiada lagi aksi lari dan mengejar di kolej itu. Tiada lagi pertengkaran yang berlaku antara mereka berdua. Yang ada hanyalah Jangmi yang menurut sahaja arahan dari minho tanpa membantah.
Dia tidak dapat menafikan rasa bahagia yang kian membuak-buak hari demi hari. Nama lelaki itu juga perlahan-lahan mengambil tempat dalam hatinya. Dari apa yang dia lihat, benar apa yang haein katakan. Minho mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan rasa sayangnya.
Di depan orang, lelaki itu berlagak cool. Tetapi apabila mereka berduaan, mulalah kucing itu menggatal dengannya.
"Jangmi dah bahagia dengan hyung. Hm." Keluh Junho. Sejak minho menjalinkan hubungan dengan Jangmi, abang tirinya itu kerap memberi amaran padanya agar tidak memberi layanan istimewa pada Jangmi.
Malah lelaki itu berkeras melarangnya untuk memanggil Jangmi dengan panggilan honey. Masalahnya dia sudah terbiasa! Tapi apakan daya, jika membantah mesti dia yang kena nanti.
"Biarlah diorang. Bukannya hyung kau larang kau berkawan dengan Jangmi pun." Balas Haein acuh tak acuh. Hanya tinggal mereka berdua sahaja yang berada di dalam kelas. Jangmi sudah dibawa lari oleh Minho. Pantang nampak Jangmi, terus dibawa lari. Menyampah kadang-kadang.
"Hm, Jangmi dah jumpa kebahagiaan dia. Saya ni bila lagi?" Rungut Junho. Kaca matanya dilarikan dari batang hidung seraya meraup muka. Dia ni tak laku ke? Tiap hari dia tengok cermin, dia nampak muka dia. Hensem. Kalah minho.
"Alah tak lama lagi sampailah buah hati kau tu. Mungkin dia tersesat lagi sekarang." Senang saja jawapan yang diberikan haein. Baginya, buat apa pening-pening fikir pasal semua ni? Nanti dia datang sendirilah. The chosen one.
Pergerakan tangan yang sedang menulis sesuatu di atas kertas A4 itu terhenti apabila lengannya yang berlapik itu dipegang oleh seseorang. Segera dia menoleh. Kedua-dua mata haein terbeliak apabila Junho begitu rapat dengannya.
"Yah, jangan--" Belum sempat Haein menghabiskan ayatnya, Junho terlebih dahulu memotong.
"Saya ni tak sempurna ke, Park Haein? Apa yang saya tak ada dan apa yang hyung ada? Apa yang ada pada hyung yang tak ada pada saya?" Soal Junho bernada serius. Haein terkedu. Pertama kali Junho berkelakuan seperti ini sepanjang mereka berteman.
Dan apa yang lebih menarik perhatian Haein adalah iris mata Junho. Iris mata jejaka itu berkilauan. Haein tidak menafikan kekacakkan Junho ketika ini. Tanpa kaca mata besar itu.
"Haein, saya tanya awak ni. Bukannya saya suruh awak tenung muka saya macam tu. Awak buat saya malu tahu tak?" Pipi Junho mulai kemerah-merahan. Pegangannya pada lengan Haein juga semakin melonggar. Dia malu bila Haein menatapnya seperti itu. Tidak lupa juga debaran dadanya yang laju.
Haein berdehem lalu mengukir senyum.
"Cha Junho, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jadi kau tak perlu bandingkan diri kau dengan minho sunbae. Apa yang kau ada dan apa yang dia ada, itu semua tak penting. Apa yang penting adalah penerimaan seseorang terhadap diri kita."
"Jadi pada awak, saya ni macam mana?" Haein berkerut.
"Macam mana apa?"
"Saya ni hensem ke hodoh?"
"Hodoh." Junho membuat muka tidak puas hati.
"Betul-betullah!"
"Betullah."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."