tiga puluh dua

123 20 5
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Satu fakulti kecoh dengan gosip hangat yang baru tersebar lima minit yang lepas. Gosip mengenai seorang playgirl bersama seorang badboy di fakulti mereka. Siapa lagi jika bukan Geum Jangmi dan Lee Minho? Pagi tadi mereka terlihat menaiki kotor kawasaki ninja milik minho.

Tidak cukup dengan itu, nereka bergendengan tangan berjalan masuk ke dalam. Rata-rata pelajar di universiti itu diserang perasaan kecewa terutamanya beberapa bekas teman lelaki Jangmi.

Terkejut juga dengan berita tersebut. Kerana selama ini Jangmi dan minho tidak pernah bertegur sapa dan tiba-tiba sahaja selama beberapa hari ini minho seringkali mencari jangmi.

"Haein." Haein sekadar mengabaikan Jangmi yang mahu menjelaskan perkara yang sebenar. Sampai hati dia tak bagitahu satu pun. Siapa haein ni pada jangmi sebenarnya? Kata kawan sampai mampus. Hmp!

Jangmi memuncung tatkala Haein tidak melihat ke arahnya. Kemudian beralih pada Junho. Tangan lelaki itu dicuit olehnya.

"Junho, tengok Haein. Dia marah aku." Adu Jangmi berbaur rengekan. Junho menggaru kepala. Dia sebenarnya tidak mahu masuk campur. Sebab nanti dia yang kena.

"Honey, sorry." Raut wajah Jangmi berubah muram. Dia menarik tangannya semula dan memeluk tubuh.

"Kau pun tak nak dengar penjelasan aku ke? Sampai hati kau kan? Aku ingat kau ikhlas nak berkawan dengan aku. Sia-sia je aku nak kawan dengan kau dulu. Last-last kau buat aku macam ni." Junho mula rasa bersalah. Dia menggigit bibir, haein dijeling sekilas.

"Hm okaylah sekarang ni awak jelaskan je apa yang sebenarnya terjadi." Lembut suara junho menuturkan ayat tersebut pada Jangmi.

"Erm kau tahukan aku ada hutang dengan dia. Hah sekarang ni aku tengah langsaikan hutang akulah." Jelas Jangmi bersungguh-sungguh.

"Tch, langsaikan hutang apa macam tu? Aku dah pernah pesan dengan kau. Jangan dekatkan diri dengan dia. Kenapa kau degil sangat ni Jangmi? Dia tu bahaya, kau faham tak?" Setelah lama berdiam diri, akhirnya Haein bersuara. Kasar nadanya memarahi Jangmi. Renungan mata gadis itu menggerunkan Jangmi dan Junho.

Dalam diam, jangmi mencubit lebihan kain baju junho. Takut tengok Haein yang tak pernah marah tiba-tiba marah dengan dia.

"Mana ada. Aku cuma nak balas budi je. Dia pernah selamatkan aku haritu dari kena rogol dengan lelaki mana entah. So, sekarang aku cuma nak balas budi." Balas Jangmi. Dia menundukkan kepala apabila mata haein membulat besar. Jarinya bermain pada kain baju junho.

"Honey, seriuslah?"

"Perempuan ni kan. You better run now, jangmi." Haein mula menyinsing lengan bajunya hingga ke siku. Jangmi menelan air liur lalu bangkit. Dia tersenyum kekok.

"Haein, k-kau marah aku ke?" Sambil menyoal, Jangmi mengundur ke belakang. Dia sudah bersedia mahu melarikan diri dari Haein.

"Oh tidak. Cuma aku nak bagi pelajaran sikit dekat kau." Haein tersenyum manis. Tapi bagi Jangmi, itu adalah sebuah senyuman yang mematikan.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang