dua belas

128 17 6
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Weh.." Minho yang sedang berbual bersama seungmin itu berpaling memandang Jangmi. Wajah manis gadis itu tampak muram sahaja. Kemudian matanya jatuh pada hujung kain jaket miliknya yang dipegang oleh Jangmi.

"Seungmin." Seungmin mengangguk sebelum beredar dari situ. Sekarang tinggallah Minho dan Jangmi berduaan di satu sudut yang sedikit jauh dari pandangan orang lain.

Minho yang duduk di atas motornya itu menarik pinggang Jangmi merapat. Kakinya dikangkang membiarkan Jangmi berdiri di antara lutut.

"Kau risau?" Jangmi mengetap bibir. Budu lah soalan dia ni. Sudahlah tadi suka hati jadikan dia taruhan bet haram ni, sekarang boleh pula tanya soalan macam tu? Dengan muka yang langsung tak rasa bersalah. Tak ada perasaan ke lelaki ni?

"Macam mana kalau kau kalah? Aku kena ikut dia ke?" Soal Jangmi perlahan. Dia membalas renungan mata Minho. Kedua tangannya diletakkan di atas bahu jejaka itu.

"Kenapa? Kau nak aku kalah?" Jangmi menggigit bibir. Tak boleh ke jawab je soalan dia, tak payah nak meyoal balik? Geram.

"Kau takkan kalah, kan?" Minho diam tidak menjawab. Dia memeluk tubuh Jangmi. Wajahnya disembamkan pada bahagian dada Jangmi. Telinganya dapat menangkap detakan jantung Jangmi yang berdetak laju.

"Kalau kau dah tahu aku akan menang, kenapa nak bertanya lagi?" Nafas Jangmi berubah rentak. Mama, i'm in love with a criminal. And this type of love isn't rasional, it's physical.

"SEDAR JANGMI! SEMUA NI CUMA BALAS BUDI SAJA." Jerit Jangmi dalam hati bagi menyedarkan dirinya dari terus terjerat dalam perasaan itu.

"Erk Minho." Minho meleraikan pelukan namun tangannya masih memegang pinggang gadis itu. Dia mendongak.

"Tunggu aku di garisan penamat." Minho berdiri. Dia memanggil seungmin.

"Jaga dia." Arah Minho.

"Baik, leeknow." Balas Seungmin.

Minho yang memakai helmet serta glove riding itu diperhatikan oleh Jangmi. Dia sangat berharap minho akan memenangi pertandingan ini. Kalau tidak, habislah dia. Enjin dihidupkan dan minho mula membonceng motornya ke garisan.

"Ready untuk terima kekalahan, leeknow?" Tanya Wonjin yang berada di sebelah Minho.

"Kau kena tengok siapa kau lawan sekarang. Crime's leader tak pernah kalah. Melainkan Cleaer leader yang selalu kalah." Balas Jisung bagi pihak Minho. Tiba-tiba dia panas sebab wonjin tidak habis-habis memprovok kumpulannya.

"Tch. Ingat, kau kalah perempuan tu milik serim." Visor helmetnya diturunkan.

Bunyi sorakan dari orang ramai mula kedengaran. Dan sudah tentulah orang ramai itu terbagi kepada dua kumpulan. Jangmi yang berdiri di belakang seungmin menatap minho. Pertandingan dimulai. Apabila bunyi tembakan dilepaskan, kedua motor tersebut memecut dengan kelajuan tinggi.

"Harap semuanya okay."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now