ATTENTION
🌼 • 🌼 • 🌼
"Kau tak reti buka helmet ke?" Perli Minho sembari membawa dua gelas jus strawberi ke ruang tamu. Dia mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan Jangmi.
"Tak nak! Aku dah kata aku tak nak tengok muka kau." Balas Jangmi. Minho berdecit. Tadi siapa yang beria nak dia lepaskan semata-mata nak buka helmet? Agak-agak Jangmi ni ada masalah shortterm memories kot. Sebab tu dia terlupa perkara yang terjadi dalam masa beberapa saat saja.
"Minumlah. Ni je yang ada dekat dalam peti ais." Arah Minho lalu meneguk jus strawberi tersebut. Jangmi mengecilkan matanya memandang gelas tersebut. Ada rasa curiga yang menambat hatinya sekarang. Kenapa minho tiba-tiba baik hati nak bagi dia minum?
"Kau tak letak racun kan? Ubat peransang ke? Tak, kan?" Tebak Jangmi. Jauh betul pemikiran dia sejak melepaskan jawatan sebagai playgirl.
"Minum jelah. Banyak songeh pula kau." Jangmi mencebik. Helmet dicabut dari kepala. Habis rambutnya berantakan gara-gara helmet tersebut. Gelas berisi jus strawberi itu digapai.
Belum sempat dia mahu mencicipinya, telefon yang terletak dalam poket seluar bergetar. Gelas diletakkan semula di atas meja lalu mengeluarkan telefonnya. Jangmi menggigit bibir lalu bangkit dan melangkah sedikit jauh dari minho sembari menjawab panggilan tersebut.
"Hello, honey." Nada mesra Junho kedengaran dari hujung talian.
"Hm hello. Kenapa kau tiba-tiba call aku ni?" Jawab Jangmi bernada biasa.
"Hehe saja. Rindu nak dengar suara awak." Jangmi spontan menekup mulutnya. Rasa mahu muntah pula bila dengar Junho mengayatnya.
Seketika kemudian, Jangmi mula terfikirkan sesuatu. Dia menggigit bibir bawahnya lalu tersenyum. Dia melirik minho yang duduk di ruang tamu. Hoho mesti minho berhenti kacau dia kalau dia berpura-pura ada boyfriend.
Jangmi ketawa jahat.
"Honey, awak masih ada disana kan?" Junho bertanya. Hairan bila Jangmi tiba-tiba senyap.
"Iye baby, I pun rindu dekat you." Sengaja dia menguatkan suaranya agar minho mendengar. Jangmi menahan ketawa tatkala minho mula memandang dirinya.
"Eerk honey, awak okay tak ni?" Junho menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Of course i okay, sayang. Terlebih okay bila dengar suara you. Erg tak sabarnya nak jumpa you malam ni."
"Honey, awak nak jumpa saya ke malam ni? Sorry, sebab malam ni saya ada family dinner dengan keluarga saya. Sorry sangat-sangat." Jangmi mengemam bibir. Sorry junho, aku terpaksa buat macam ni. Bukan bermaksud aku nak perbodohkan kau. Tapi salah kau sebab terlalu polos.
Hampir terlepas telefon itu dari pegangan tatkala bahunya ditarik dari belakang. Jangmi meringis sakit apabila belakangnya bertembung dengan dinding.
"Kau kenapa?" Minho menatap Jangmi tajam. Bagai hendak menelan gadis di hadapannya ini.
"Tch, jangan harap kau boleh jumpa jantan tu malam ni."
"Hah?"
Minho mengetap gigi geram. Tanpa sebarang amaran, dia melekapkan bibir mereka berdua.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."