sembilan

120 18 7
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Bunyi bingit berulang kali dari telefonnya itu tidak diendahkan. Siapa lagi yang menelefon jika bukan dari bekas teman lelakinya? Banyak pula kredit diorang nak call Jangmi berulang kali.

Dia memang melakukannya atas arahan dari Minho tapi dalam masa yang sama dia turut berfikir, ada bagusnya juga jika dia berhenti menjadi seorang yang suka bermain-main dengan perasaan orang lain. Haram betul kegiatan dia selama ni.

Jadi dia memutuskan semua teman lelakinya. Semua yang pernah diberikan oleh bekas teman lelakinya sudah dipulangkan kembali. Buat apa dia nak simpan sampah dalam rumah dia? Tch. busuk betul hati kau ni, Geum Jangmi.

Betullah. Tu kan barang orang, lagipun dia tak pernah pakai lagi hadiah yang diberikan dari mereka.

Keesokkan harinya, Jangmi bersiap untuk ke kolej seperti biasa. Dia berharap dia tidak akan bertemu dengan minho hari ini. Kalau tak habislah dia nak kena jawab apa.

Kelas berjalan seperti biasa. Fokus Jangmi 100% tertumpu pada prof min yang sedang mengajar di hadapan. Tangan gadis itu juga tidak tinggal diam mencatat isi-isi penting dari penjelasan prof min.

Pertuturan Prof min terjeda apabila pintu kelas diketuk oleh seseorang. Serentak dengan itu, seisi kelas memandang ke arah pintu. Beberapa orang pelajar perempuan sudah tersenyum-senyum melihat sosok tubuh yang datang ke kelas mereka.

Berlainan dengan Jangmi. Gadis itu menelan air liur kelat. Peluh-peluh dingin merenik di dahi walaupun pendingin hawa terpasang.

"Matilah aku." Bisik Jangmi dalam hati.

"Ada apa kamu datang sini, Minho?" Soal Prof Min bernada datar. Raut wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak suka apabila waktu dia mengajar terganggu.

"Maafkan saya, Prof. Tapi Miss Jina nak jumpa dengan Geum Jangmi." Jawapan dari Minho menyebabkan harapan gadis-gadis yang menyukainya punah. Senyum manis yang terukir tadi digantikan dengan muncungan.

"Geum Jangmi." Jangmi menggigit bibir. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia berdiri setelah namanya disebut oleh Prof Min.

"Nae, Prof." Sahut Jangmi perlahan. Nampak sungguh tidak bermaya.

"Pergilah." Jangmi mengemam bibir sebelum mengatur langkah keluar.

Mereka berdua berjalan bergandingan menuju ke pejabat. Dalam hati Jangmi merungut. Selalunya pejabat dekat saja tapi sekarang ni macam jauh pula.

"Jangmi."

"Hm." Jangmi membalas dingin.

"Eh apa ni?" Jangmi terpingga-pingga apabila pergelangan tangannya ditarik oleh Minho. Mahu tidak mahu terpaksalah dia mengikut rentak langkah Minho. Daripada dia terjatuh, baik dia turutkan je.

Salah satu pintu dibuka oleh Minho, Jangmi dibawa masuk ke dalam. Tubuh Jangmi ditolak kasar bersandar ke pintu yang sudah ditutup rapat. Tangan kekar jejaka itu naik mengunci pergerakan Jangmi.

Minho tersenyum sinis. Keningnya diangkat.

"Where you wanna run huh?" Jangmi menelan air liur. Habislah dia.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now