ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Bunyi jeritan dari pelajar perempuan memecahkan kesunyian kafe yang tadinya tenang. Haein yang tidak suka akan kebingitan itu terus mengangkat kepala melihat ke hadapan. Dia mengemam bibir seraya membuat poker face.
"Hm patutlah. Weh kau punya anak ayam datang." Haein memukul bahu Jangmi. Alah bukan kuat pun. Pukul-pukul manja.
"Kenapa hyung selalu cari awak, Jangmi? Awak ada apa-apa ke dengan hyung saya? Hutang awak tu d--" belum sempat Junho melengkapkan ayatnya, Jangmi terlebih dahulu memintas.
"Aku blah dululah. Bye." Junho dan Haein terkebil-kebil. Mereka hanya memandang Jangmi yang semakin jauh.
"Dia ni. Tak bosan ke ganggu aku?" Gumam jangmi. Sudahlah dia malu dengan kejadian di bilik karaoke tempoh hari. Jangmi menggigit bibir, dia mencari tempat persembunyian. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia balik ke rumah. Akan tetapi dia masih mempunyai kelas pada jam dua petang nanti.
Jangmi bersembunyi di sebalik dinding. Dia mengintip minho yang sudah pun menghampiri kawan-kawannya. Jangmi berkerut apabila Junho mulai bangkit berhadapan dengan minho. Raut wajah kedua-dua lelaki itu berubah tegang.
Jangmi menekup mulut apabila minho melayangkan tumbukan di pipi junho. Tidak mahu mengalah, Junho turut membalas perbuatan minho tadi. Beberapa pelajar lelaki cuba untuk menghentikan pergaduhan tersebut tetapi tidak berjaya.
Bibir bawah digigit lembut. Keadaan junho teruk jika hendak dibandingkan dengan minho. Dia tiada pilihan lain selain keluar dari tempat persembunyiannya dan berlari masuk ke kawasan kafe.
"Yah! Berhenti." Minho yang baru sahaja mengangkat tangannya mahu menumbuk junho terhenti tatkala suara Jangmi menegur. Dia memandang Jangmi lalu melepaskan kolar baju Junho dengan kasar. Rambut yang kusut diraup ke belakang.
"Sekali lagi kau masuk campur urusan aku, nahas kau aku kerjakan." Ugut Minho bernada keras. Dia meludah ke sisi sebelum mendapatkan Jangmi. Pergelangan tangan gadis itu ditarik paksa mengikuti langkahnya.
Haein segera mendapatkan junho. Dia membantu lelaki itu untuk bangun. Nafas Junho terburu-buru menahan amarah.
"Junho, kau---" junho menepis tangan Haein lalu bangkit dan berlalu dari kafe. Haein menghela nafas. Sejujurnya dia terkejut dengan apa yang dibicarakan oleh dua adik-beradik tiri itu tadi tapi apa yang dia boleh buat? Jangmi penyebab mereka berdua gaduh, jadi Jangmi juga yang harus menyelesaikannya.
"Stttt, kau ni kenapa?" Jangmi mendesis kesakitan. Dia melihat pergelangan tangannya yang merah akibat cengkaman kuat minho tadi. Spontan wajah cantik Jangmi berubah cemberut.
"Jauhkan diri kau dari junho. Aku tak nak tengok kau berkawan dengan dia atau bercakap sekali pun." Kata Minho berbaur larangan tanpa dipinta oleh Jangmi.
"Huh? Kau siapa nak halang aku berkawan dengan dia? Kalau kau ada masalah dengan dia pun, tak payah nak babitkan aku." Bidas Jangmi tidak berpuas hati. Jika semalam mereka berdua berbaik, hari ini mereka bergaduh.
Bukan apa, dia geram dengan sifat Minho. Suka hati saja melarang dia.
"Dengar atau---"
"Atau apa?" Potong Jangmi. Sesaat, dia berdecit sinis.
"Kau nak denda aku? Heh. Sorry lee minho-ssi, dalam masalah kau dengan junho tak ada kena mengena dengan aku!"
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
![](https://img.wattpad.com/cover/326766642-288-k795064.jpg)
YOU ARE READING
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."