lapan

148 22 8
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Dua hari telah berlalu selepas Minho berkata seperti itu dengannya, Jangmi berusaha untuk menjauhkan diri dari jejaka tersebut. Setiap kali pergi ke kolej, dia pasti akan mempercepatkan langkahnya semata-mata demi mengelak dari bertembung atau terserempak dengan minho.

Haein dan Junho pun naik hairan dengan perilaku Jangmi yang pelik hari demi hari. Selalunya selepas habis kelas, Jangmi akan meluangkan masa bersama mereka di kafe kolej namun sekarang semuanya berbeza.

Dan apa yang paling menghairankan, teman lelaki Jangmi bertemu dengan mereka bertanya dimanakah keberadaan Jangmi dan mengapa Jangmi tiba-tiba memutuskan hubungan mereka. Pelik-pelik. Bukan sorang dua, tapi dua belas orang sekaligus. Woah!

"Kenapa dengan Jangmi tu? Dia macam ada masalah tapi dia tak nak share dengan kita. Awak rasa apa masalah dia?" Soal Junho dengan nada polos. Macam mana dia boleh berbual dengan Haein? Semuanya berkat Jangmi. Huhu.

"Tak adanya. Tu tanda-tanda dia nak insaf lah tu. Dah sedar mainkan perasaan orang tu salah." Jawab Haein. Dia memotong kecil bahagian pancake yang dipesan olehnya tadi lalu disumbat ke dalam mulut.

"Tanda nak insaf? Mainkan perasaan orang? Macam mana dia mainkan perasaan orang?" Pertanyaan-pertanyaan lurus bendul yang keluar dari bibir jejaka itu membuatkan Haein menghembus nafas.

"Jangmi tu playgirl. Playgirl with high standardlah katakan. So sekarang ni dia nak berubah ke arah goodgirl with high standard." Dahi Junho berkerut-kerut, otaknya ligat mencerna apa yang dimaksudkan oleh Haein.

"Maksud awak?"

"Dah lah. Makan. Tak payah risau pasal dia. Pandailah dia hidup nanti. Dah besar, tahu mana buruk mana baik." Junho membulatkan matanya apabila Haein menyumbat kepingan pancake ke dalam mulut.

"Haein-ssii..."

Belum sempat Junho mahu menyambung ayatnya, sebuah helmet dihempas di atas meja makan mereka berdua. Lantas mereka berdua mendongak.

"Minho sunbae." Haein menundukkan sedikit kepalanya pada Minho. Sementara Junho hanya mendiamkan diri sambil memerhati abang tirinya itu. Hairan juga dia bila hari ini Minho hanya berseorangan.

"Mana Jangmi?" Datar suara Minho menyoal mereka berdua. Haein dan Junho berkedip lalu memandang sesama sendiri sebelum melihat minho semula.

"Kenapa sunbae cari dia? Dia ada buat salah dengan sunbae ke?" Soal Haein meminta kepastian dari Minho. Apa pula masalah kau buat kalini, Jangmi? Kalau dengan lelaki lain, boleh handle. Tapi jangan dengan lelaki bernama Minho ni. Seram dia nak hadap.

"Dia ada hutang dengan aku."

"Hah?" Serentak Junho dan Haein bersuara. Mereka menayang riak pelik. Anak orang kaya berhutang? Biar betik.

"Ah erm berapa hutang dia? Biar saya yang bayar---"

"Aku tak nak duit kau. Aku nak dia yang selesaikan sendiri." Terbantut niat Haein mahu mengeluarkan duitnya.

"Hm tadi dia dah balik rumah. Kalau sunbae nak jumpa dia, esok dia kelas pagi."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang