ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Sorakan kumpulan crime's bergema memecahkan kesunyian. Pantas mereka menghampiri Minho yang baru sahaja menghentikan motor kawasaki ninja di bahu jalan. Sementara kumpulan cleaer mengeluh saat menyedari sekali lagi mereka kalah dalam perlawanan lumba tersebut.
Serim mendengus kasar. Dia memincing matanya ke arah wonjin yang baru tiba di garisan penamat tersebut. Lantas dia memberi isyarat pada ahli kumpulannya untuk berundur.
Jangmi menghela nafas lega. Dia melihat Minho sembari tersenyum tipis. Lelaki itu membuka helmetnya dan turun dari motor. Helmet diserahkan pada jisung. Minho mengatur langkah menghampiri Jangmi.
Dia berdiri tepat di hadapan gadis itu.
"Aku dah kata tunggu aku di garisan penamat. Tch." Minho berdecit. Degil. Kerutan timbul di dahi saat Jangmi menatap dirinya tanpa berkedip.
"Kenapa? Kau tak sabar kena denda dengan aku?" Sambung Minho lagi. Jangmi menggeleng laju sebelum memeluk tubuh minho membuatkan lelaki bermarga lee itu terkejut. Namun dia tetap membalas pelukan Jangmi.
"Aku fikir kau kalah." Kata Jangmi dengan nada yang serak. Dia menyembamkan muka di dada bidang minho. Usapan lembut berlabuh di belakangnya.
"Aku raja dalam perlawanan ni, Jangmi. Aku takkan kalah." Jangmi mencebik. Senang saja minho berkata begitu. Dia tak tahu macam mana gugup dan takutnya Jangmi tadi.
Malam semakin larut. Selepas selesai membagikan habuannya bersama ahli kumpulan yang lain, minho menghantar Jangmi pulang. Kelajuan motornya sederhana atas permintaan Jangmi.
Dalam keadaan masih membonceng, Minho sengaja melepaskan sebelah tangannya menyebabkan Jangmi semakin memeluknya erat dari belakang.
"Yah, aku sayang nyawa aku tau. Kau kalau mengada nak mati katak atas jalan raya ni, mati sorang-sorang." Minho tersengih sinis mendengar kata-kata Jangmi. Dia tidak mengendahkan gadis itu, malah sengaja mengusik dengan melajukan sedikit boncengannya.
"Yah, aish Minho!" Minho tertawa kecil sebelum menekan break memperlahankan kelajuan. Tangannya memegang betis Jangmi lalu dielus. Jangmi yang menyedari akan hal itu mengetap bibir.
Masa-masa macam ni pun nak tunjuk gatal dia! Dasar pervert!
Minho menghentikan motornya apabila sudah tiba di hadapan pintu pagar rumah gadis itu. Jangmi cepat-cepat turun dari motor dan membuka helmetnya. Malas dia mahu berlama-lama dengan minho. Sudahlah hantar dia balik nak dekat pukul satu pagi.
Mata dia dah layu dah ni. Terlalu ngantuk.
"Nah." Helmet mula bertukar tangan.
Baru sahaja Jangmi mahu masuk ke dalam rumah, pergelangan tangan ditarik lembut oleh Minho.
"Apa lagi? Aku ngantuklah. Nasib kelas aku tengahari esok tau." Marah Jangmi. Dia cuba untuk menarik tangannya dari genggaman minho tetapi tidak berjaya.
"Goodnight kiss?" Jangmi mengerutkan dahi.
"Goodnight kiss?" Minho mengangguk.
"Jangan merepek. Blah sana."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."