ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Sayang."
Jangmi tersentak apabila terasa sentuhan lembut di tangannya. Dia menoleh ke kanan. Taeyong tersenyum manis ke arahnya.
"Hey, kenapa diam je ni hm? You tak suka ke keluar dengan i?" Tanya Taeyong lembut. Jangmi menggeleng perlahan. Dia cuba untuk menepis tangan jejaka itu. Sedar akan itu, taeyong terus menggenggam tangan jangmi. Erat. Seolah-olah dia tidak ingin melepaskan tangan mulus itu.
"Sayang, you boleh terus dingin dengan i tapi jangan halang i dari cuba untuk mengambil hati you. I nak jadi macam dulu balik." Ujar Taeyong sembari tersenyum manis membuatkan Jangmi mengeluh. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja taeyong mengenggam tangannya.
Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Raut wajahnya kosong. Mahu lari pun tak dapat sebab kereta sedang dipandu. Kalau ikutkan dengan geliga seorang Jangmi, memang sudah lama dia membuka pintu dan terjun.
Bahaya tak bahaya, dia peduli apa? Dia lagi rela duduk dekat hospital daripada kena hadap semua ni.
"Sayang, you tak jawab lagi soalan i. Janganlah diam je. I nak dengar suara you." Taeyong bersuara lagi. Selagi Jangmi tidak mahu berbicara dengannya, selagi itu dia akan menyoal dan terus menyoal.
"I cuma penat sikit je, tae. Dah, you pandu kereta elok-elok." Jangmi menarik tangannya dan kali ini berjaya. Dia menyilang tangan ke bawah dada lalu memejam mata.
Taeyong mengerling Jangmi sekilas. Ringan tangannya menyentuh dahi gadis itu untuk merasa suhu badan Jangmi. Tangannya beralih ke ubun-ubun Jangmi. Dielus lembut.
Dia akan menunggu Jangmi untuk menerima dirinya. Berapa lama pun itu, dia sanggup.
Tiba-tiba kereta berhenti mengejut. Jangmi yang terlena terus terjaga saat kepalanya terhantuk di dashboard kereta. Dahinya berkerut diselangi dengan bibirnya yang mendesis sakit.
Jangmi mengangkat kepala lalu melihat ke hadapan. Ketakutan menjalar tangkai hati apabila sekumpulan geng motor menyekat laluan mereka.
"T-tae, apa diorang nak?" Soal Jangmi sedikit gagap. Taeyong membuka tali pinggang keledar.
"You tunggu dalam kereta, biar i yang keluar. Kunci pintu ni. Jangan keluar selagi i tak bagi. You call polis kalau nampak apa-apa yang mencurigakan." Pesan Taeyong. Jangmi menggeleng.
"Tae, bahaya. Jangan keluar." Taeyong tersenyum tipis. Dia menekup kedua belah pipi Jangmi lalu diusapnya.
"Jangan risau."
"Tae."
Jangmi cuba menghalang taeyong dari keluar namun lelaki itu tetap berdegil. Usai keluar, taeyong memberi isyarat agar kunci kereta. Jangmi tiada pilihan lain, dia terpaksa menurut sahaja arahan dari taeyong.
Dia memerhati dari dalam kereta dengan perasaan yang berkobar-kobar. Seketika, matanya terbuntang. Dia kenal lelaki yang sedang bercakap dengan taeyong sekarang. Siapa lagi kalau bukan Serim?
Sudah lama dia tidak melihat kumpulan itu. Tetapi sekarang malah memunculkan diri di hadapannya.
"Tae!" Jangmi menjerit. Dia menekup mulut apabila taeyong dipukul. Pergaduhan terjadi. Air mata jangmi mencurah-curah jatuh mengalir ke pipi tatkala Taeyong dipukul beramai-ramai.
Lelaki yang dikenali sebagai wonjin menunjuk ke arahnya.
"Keluar!" Tengking wonjin kuat. Melihatkan tiada respon dari Jangmi, dia terus meluru ke arah kereta. Cermin kereta dihentak menggunakan helmet hingga pecah.
Jangmi menjerit ketakutan. Seluruh tubuhnya menggeletar. Usai pintu kereta berjaya dibuka, jangmi ditarik paksa keluar.
"Oh hai, girl. Long time no see." Serim smirk.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanficKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."