dua puluh

129 19 9
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Jangmi, kau sebenarnya pinjam apa dari minho sunbae?" Bisik Haein dengan nada yang perlahan demi mengelak dari diperasan oleh Prof Min. Dia fikir mahu tanya lepas habis kelas tetapi bila difikirkan semula lebih baik dia bertanya sekarang. Lagipula lepas habis kelas pasti minho membawa Jangmi pergi.

Kalau bukan minho yang ambil pun, mesti seungmin yang datang. Rasa curiga Haein semakin membuak-buak mahu mengetahui 'hutang' Jangmi pada Minho.

"Haein sayang, muka aku ni nampak macam spesies suka meminjam ke? Lagipun mana ada aku berhutang dengan dia. Dia je yang beria cakap aku berhutang." Jawab Jangmi jujur. Dia mengenggam batang pen kuat. Mengenangkan sifat degil minho, membuatkan dia geram. Berulang kali dia berpesan jangan jumpa dia setiap hari tapi langsung tidak di dengari oleh lelaki itu.

Seolah-olah larangan adalah perintah. Otak dekat mana? Sudah tu, Jangmi yang terpaksa hadap soal jawab dengan Haein.

"Dah tu kenapa dia asyik cari kau je? Cakaplah betul-betul. Ke korang ada apa-apa belakang aku ni?" Haein mengecilkan kedua matanya memandang Jangmi. Meminta kepastian pada gadis itu.

"Kalau ada pun kenapa? Tak lama lagi aku break lah dengan dia." Kata Jangmi selamba. Benda senang, buat apa nak susahkan, betul tak?

Haein menekup mulut.

"Weh, kau jangan cari masalah. Kalau ya pun kau ikut cadangan aku haritu, carilah lelaki yang lagi baik. Dia tu bahaya tahu? Lebih baik kau jauhkan diri dari dia." Saran Haein berbaur nasihat dan peringatan buat Jangmi.

"Cadangan? Ah, dia ke lelaki yang kau tunjuk dekat kafe tu?" Tanpa sedar suaranya ternaik sedikit.

"Siapa yang berbual tu? Nak gantikan saya mengajar dekat depan ni pula ke?" Sindir Prof Min sambil memandang tajam Jangmi dan Haein. Dari tadi dia perhati saja dua orang pelajarnya itu berbisik-bisik.

"Erk hehe, sorry Prof. Teruskan-teruskan." Jangmi lantas meminta maaf atas kesilapannya tadi.

"Haein, kau kenal tak minho tu siapa? Aku curious sebenarnya." Tanya Jangmi setelah memastikan Prof Min menyambung mengajar di hadapan. Dia menggaru dagunya yang terasa gatal.

"Kau tak tahu ke?"

"Kalau tahu, aku tak tanya kau." Jangmi menjeling Haein. Nasib member. Kalau orang lain?

"Minho sunbae tu leader kumpulan crime's. Geng-geng motor lah katakan. Tapi dia boleh tahan popular juga dekat kolej ni. Ramai yang cakap, dia tu macam ais. Asyik tunjuk muka datar dia. And mostly.." Haein menjedakan ayatnya seketika sambil mendekatkan dirinya dengan Jangmi. Bibirnya didekatkan di telinga Jangmi.

"Dia tak tahu macam mana nak bercinta."

"Huh?"

"So, aku nak bagi nasihat awal-awal dekat kau. Jangan jadi pelangi untuk orang yang suka warna hitam." Sambung Haein lagi. Dia menepuk bahu Jangmi. Sebagai kawan yang baik, dia haruslah memberi nasihat. Contohi Haein!

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now