ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Keadaan di perhentian bas sunyi sepi memandangkan sudah waktu malam. Mana ada lagi kereta lalu-lalang di kawasan itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa menghantar pesanan pada Haein agar datang menjemputnya. Kereta dia kan dipinjam oleh Haein.
Sambil menunggu, Jangmi sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Dia langsung tidak menyedari renungan tajam seseorang pada dirinya.
Beberapa minit menunggu, bunyi enjin motor memecah kesunyian malam. Jangmi terus mengangkat kepala melihat gerangan tersebut. Sebelah keningnya ternaik drastik apabila motor tersebut bukanlah motor kepunyaan minho.
Tatapannya tidak terlepas sehinggalah gerangan itu menghentikan motor di hadapannya. Helmet dibuka. Jangmi memutar mata ke atas saat mengetahui identiti figura itu. Malas mahu melayan, dia menunduk semula melihat skrin telefon.
"Girl, tak sangka kita jumpa lagi kan malam ni?" Pertanyaan dari serim dibiarkan sahaja. Bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia terus mengambil tempat di sebelah Jangmi tanpa dipelawa oleh gadis itu. Apa dia peduli?
"Jauhlah sikit. Banyak lagi ruang dekat sana." Dengus Jangmi geram. Tadi minho, sekarang serim. Hah bagus dua-dua buat dia darah tinggi.
"Aku cuma nak temankan kau dekat sini. Lagipun bahaya kau sorang-sorang dekat tempat sunyi macam ni. Aku hantar kau balik eh?" Langsung tidak dipedulikan riak wajah Jangmi yang kian cemberut. Dia cuba untuk meraih tangan si gadis, tetapi gadis itu lebih cepat bangkit dan menjauhkan diri darinya.
"Aku rasa lagi bahaya kalau kau dekat sini. Apa kata kau berambus je? Rimaslah." Balas Jangmi. Serim terkekeh kecil. Seorang Geum Jangmi memang suka cabar tahap kesabaran serim.
"Aku baik hati nak tawar hantar kau balik rumah. Kau tak payahlah sombong sangat dengan aku." Jangmi berdecit. Dengusan kasar keluar dari mulutnya. Dia bukan sombong. Dia cuma tak suka dengan serim.
Serim dijeling. Dalam masa yang sama, anak matanya menangkap figura seseorang yang sedang berjalan ke arah mereka. Mata disepetkan untuk mengecam figura tersebut.
"Minho." Mendengar nama itu disebut oleh Jangmi, Serim berpaling ke belakang. Raik wajahnya berubah datar. Kacau rancangan dia untuk mendekati Jangmi!
Sesudah sampai di perhentian bas, Minho meluru ke arah Jangmi. Pergelangan tangan gadis itu dipegang erat olehnya.
"Ikut aku balik."
"Woo.. man, aku yang ajak dia balik dulu. Lepas tangan dia. Dia patut ikut aku balik." Serim berdiri dan merapati minho dan Jangmi.
Minho menolak pipi dari dalam. Dia tersenyum sinis lalu melihat serim dengan pandangan sinis.
"Hak aku. Aku tahu macam mana nak hantar dia balik. Kau tak payah sibuk." Sejurus dengan itu, tangan Jangmi ditarik. Dengan penuh keterpaksaan dia mengikut jejak langkah minho. Serim mengepal penumbuk. Tidak puas hati dengan kelakuan minho.
Bibir tipis itu dicebik. Dalam hati dia sudah merungut. Minho ni tak boleh perlahan sikit ke? Laju-laju nak kemana?
"Aku dah kata aku hantar kau tapi kau degil!" Pipi gadis itu automatik mengembung. Siapa yang patut marah sebenarnya ni? Dia atau minho?
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
![](https://img.wattpad.com/cover/326766642-288-k795064.jpg)
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."