ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Jauhkan diri kamu dari perempuan dalam gambar ni." Tegas Tuan Lee memberi amaran pada anak tunggalnya itu. Egonya seakan sengaja dicabar oleh minho setelah amarannya dibalas dengan kekehan sinis. Seolah-olah amarannya dipandang remeh oleh lelaki itu.
"Jadi appa cuma nak buang masa minho dengan dengar semua benda merepek ni?" Sinis. Kedua-duanya bereaksi tegang setegang-tegangnya. Dia melirik beberapa keping gambar yang ditangkap oleh Tuan Lee. Sudut bibirnya ternaik.
"Wow, dah pandai pasang spy untuk intip apa yang minho buat. Tch, sejak bila appa peduli pasal minho ni? Kenapa tak jaga je isteri kesayangan appa tu?"Sengaja Minho menyentuh perihal Puan Cha selaku isteri kesayangan Tuan Lee yang sedang terlantar di katil. Tuan Lee mengetap rahang.
"Isteri appa tak ada kena mengena dalam hal ni. Jangan kurang ajar sangat! Hormat dia sebagai eomma kamu!" Tengking Tuan Lee. Bergema suara lelaki paruh abad itu di segenap ruangan pejabat persendirian itu.
Dia mulai bangkit. Matanya tajam mencerlung ke arah Minho.
"By hook or by crook, jauhkan diri dari perempuan tu! Appa tak suka kamu dengan dia." Minho meledakkan tawanya. Kuat. Sebelum dalam masa sesaat sahaja, raut wajahnya berubah ketat.
"Sorry but i won't."
"Minho!"
"Macam yang appa cakap tadi, dia tak ada kena mengena dalam hal ni. Dan begitu juga sebaliknya. Jangmi tak ada kena mengena dalam hal kita. Jangan suka hati arah minho untuk jauhkan diri dari dia. Minho tak akan sesekali dengar larangan appa lagi." Minho menghembus nafas kasar. Dia menjeling sekilas ke arah Tuan Lee yang masih mencerlung padanya sebelum berura-ura beredar dari situ.
Sampai sahaja di hadapan pintu, suara Tuan Lee menyentapkan hatinya.
"Bapa perempuan tu. Dia penyebab eomma kamu mati dulu."
Jangmi duduk sambil memeluk kedua lututnya. Suasana di dalam ruangan yang sedang didudukinya itu dibiarkan gelap. Hatinya masih pilu dengan kehadiran taeyong di rumahnya tadi. Kusut fikirannya memikirkan hal tersebut.
"Sumpah aku fikir dia tak akan ambil serius tentang hal ni." Bisik Jangmi dalam hati. Rambutnya diserabutkan seraya menyembam muka ke lutut.
Beberapa minit berlalu, Jangmi masih dalam keadaan begitu. Buntu mencari jalan penyelesaian untuk masalahnya kali ini. Dalam masa yang sama, pintu dibuka oleh seseorang. Suasana yang gelap, kini terang benderang.
Minho sedikit terkejut dengan keberadaan Jangmi disitu. Namun dia hanya senyap sambil menghampiri kekasihnya. Minho duduk mencangkung di hadapan Jangmi. Kepala si gadis di usap dengan kasih sayang.
Jujur. Dia benar-benar telah menyayangi Geum Jangmi. Seorang gadis yang menjadi kegilaan ramai di kolej. Tetapi akhirnya jatuh ke dalam jagaan lee minho.
"Babe, kau buat apa dekat sini?" Soal Minho bernada lembut. Perlahan Jangmi mengangkat kepala. Persoalan minho dibiarkan sepi. Malah dia merenung dalam anak mata minho.
Jangmi tersentak apabila minho menjentik dahinya lembut. Seraya ketawa kecil. Kedua belah pipinya dicubit oleh lelaki itu.
"Kau suka ambil kesempatan tenung aku kan? Gatal!"
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."