ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Pintu bilik yang diketuk bertalu-talu dibuka. Jangmi memeluk tubuh sambil menayang wajah cemberut. Manakala gerangan yang berdiri di hadapannya mengukir senyum manis. Sejambak bunga ros merah dihulur.
"For you, sayang. Tanda minta maaf sebab i lukakan bahu you." Jangmi mendengus. Dia memutar mata ke atas.
"I dah maafkan you. Tak payahlah nak sediakan bunga ni semua." Kasar Jangmi berbicara menolak pemberian Taeyong. Dengan lelaki ni bukan boleh berlembut sangat. Nanti dia fikir lain-lain pula.
"Sayang, please? Jangan buat i macam ni." Rayu Taeyong. Dia menatap Jangmi dengan tatapan redup.
"Buat macam mana maksud you? I memang macam ni. Lagipun you yang nak teruskan semua ni kan? So you kena terima semua layanan i dekat you." Ujar Jangmi tegas. Taeyong mengeluh. Keras betul hati gadis di hadapannya ini. Namun tidak lama selepas itu, dia kembali tersenyum.
"Sayang, i akan percepatkan tarikh perkahwinan kita. Hujung minggu ni? You suka tak?" Bagai rasa hendak pitam, Jangmi lantas memicit dahinya.
"Sayang, you okay? Sakit kepala ke?" Soal Taeyong risau dengan keadaan Jangmi. Sudahlah rasa bersalahnya masih ada. Dia tidak mahu Jangmi diserang apa-apa penyakit.
"Eish, I okay." Jangmi mengelak dari disentuh taeyong.
"You dah bincang dengan appa i ke pasal ni?" Tanya Jangmi meminta kepastian. Taeyong mengangguk.
"Done. Appa dengan keluarga i okay kalau kita kahwin hujung minggu ni." Beritahu taeyong. Dia gembira apabila keluarganya dan Tuan Geum setuju dengan cadangannya. Salah satu langkah untuk memajukan hubungan mereka sudah berjaya.
"hm." Jangmi mengemam bibir. Dia sudah buat keputusan. Sekarang dia hanya mampu mengikut sahaja arahan dari Tuan Geum. Semakin dia memberontak, semakin Tuan Geum terus memaksanya. Jadi tidak ada guna jika melawan.
Seseorang yang pernah menjadi semangatnya sudah melupakan dia. Bahkan situasi sekarang seakan-akan dia langsung tidak pernah hadir dalam hidup jejaka itu. Kenangan mereka terhapus begitu saja.
Jangmi mengalah. Dia sudah penat.
"Sayang." Jangmi tersentak tatkala taeyong memegang bahunya.
"you okay?" Taeyong menyoal lembut. Jangmi tidak menjawab selain mengambil jambakkan bunga ros dari taeyong menyebabkan jejaka kacak itu tersentak.
"Thanks. Kalau you nak bawa i pergi cari baju pengantin, just call me." Jangmi terus menutup pintu biliknya membiarkan Taeyong termanggu-manggu di muka pintu. Perlahan-lahan Taeyong menyungging sekuntum senyum lebar.
Jangmi sudah menerimanya.
"Eherm." Taeyong menoleh. Tuan Geum mengambil langkah mendekat dengannya.
"Uncle dah pernah kata kan? Hati anak uncle tak keras mana pun. Kalau kamu layan dia dengan penuh sabar, cairlah hati dia." Taeyong tertawa kecil. Dia bersetuju dengan Tuan Geum. Untuk menghadapi seorang Geum Jangmi, harus banyakkan bersabar.
"Uncle ke yang pujuk dia supaya terima saya?" Tuan Geum menggelengkan kepala.
"Nope. Jangmi sendiri yang bersetuju. Sekarang kamu cuma perlu ambil hati dia saja. Buat dia jatuh cinta dengan kamu." Bahu Taeyong ditepuk.
"Baik Uncle." Tuan Geum menarik senyum. Taeyong seorang lelaki yang boleh diharapkan. Lagi-lagi status yang dimiliki oleh Taeyong, dapat memberi anaknya hidup dengan penuh keselesaan.
"Uncle percayakan kamu."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
![](https://img.wattpad.com/cover/326766642-288-k795064.jpg)
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."