ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Yah, pergilah! Eish." Jerit Jangmi pada seekor kucing. Dia terpaksa memanjat sebuah meja yang berada di ruang tamu untuk mengelak daripada disentuh oleh si bulu. Sesekali dia tersedu-sedan menahan tangisan. Air mata yang mengalir ke pipi dia seka.
"Meow." Suara comel si bulu mengiauw memanggil Jangmi. Dia hanya duduk di atas lantai sambil mendongak memandang Jangmi dengan matanya yang bulat.
"Apa? Hiks aku bukan tak suka kau. Pergilah hiks. Jangan tunjuk muka comel tu depan aku. Aku takkan terpedaya. Shuhhh shuhh." Halau Jangmi teresak-esak. Kucing berbulu kelabu itu menyengetkan kepalanya. Tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh Jangmi.
Mana dia nak faham, dia kan kucing.
Tidak lama selepas itu, minho keluar dari tempat persembunyiannya. Kasihan pula dia tengok Jangmi. Dari tadi dia menahan ketawa menonton gelagat gadis itu yang berusaha untuk menjauhi kucing. Niat mahu memberi kejutan pada Jangmi, tapi tidak disangka plan itu gagal.
"Minho, ambil dia please?" Minho tertawa kecil sebelum mengambil kucing tersebut. Kepala kucing itu dielus dengan lembut. Sempat sebuah kucupan berlabuh di kepala si bulu.
"Babe, kau takut kucing ke?" Tanya Minho. Jangmi menggeleng.
"Bukan. Aku ada asthma." Minho mengangguk faham sebelum membawa kucing itu pergi. Jangmi menghela nafas sebelum turun dari meja tersebut. Dia berlalu ke sofa lalu menghenyak punggungnya disana.
Mata dipejam rapat. Minho yang baru keluar dari bilik itu menghampiri Jangmi. Tempat kosong di sebelah gadis itu diambil. Wajah jelita Jangmi ditatap.
"Babe, penat sangat ke?" Tanya Minho. Jangmi mencelik sebelah matanya seraya mengangguk. Posisi duduknya diubah kepada baringan. Dia berbaring sembari kepalanya diletakkan di atas riba minho.
"Prof min paksa kau buat assigment tambahan ke?" Anak rambut Jangmi dimainkan. Lembut. Pertanyaannya dijawan dengan gelengan oleh gadis itu.
"Hati aku penat sebab asyik berdegup je bila dengan kau." Minho berdecit. Dia menjeling Jangmi yang sudah ketawa. Kau fikir sweet?
"Hati kau berdegup sebab kau hidup lagi, sengal." Hidung Jangmi dicuit kasar.
"Kau ni tak sweetlah. Eish." Minho tersenyum tatkala raut wajah jangmi berubah masam. Lantas dia menunduk, mencium pipi mulus Jangmi.
Jangmi mencebik. Minho memang tak nak bagi dia merajuk lama-lama ke macam mana ni?
"Sorry, babe. Kalau aku tahu kau ada asthma,aku takkan bawa kucing tu dekat sini."
"Kau jumpa kucing tu dekat mana?"
"Aku jumpa dekat tepi jalan. Aku kesian, jadi aku bawa balik." Mulut Jangmi berbentuk O selepas mendengar penjelasan ringkas dari minho.
"Tak apa lah. Kau jaga je." Minho mengangguk.
"Anyway, kau lapar tak?" Anak mata Jangmi bersinar-sinar. Dia segera mengangguk laju. Mesti minho nak masakkan untuk dia. Ini yang dia tunggu-tunggu!
"Jom pergi dapur." Jangmi menurut. Mereka berdua masuk ke kawasan dapur. Jangmi duduk di meja makan sambil memerhati minho yang menyediakan semua bahan.
"Haih dari belakang pun hensem." Gumam Jangmi. Dia memang tidak dapat menafikan kenyataan yang satu itu.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
![](https://img.wattpad.com/cover/326766642-288-k795064.jpg)
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."