tujuh puluh satu

98 18 9
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Matanya tidak lepas melihat tingkap bilik seseorang dari bawah. Gelap tidak bercahaya. Seminit yang lepas, lampu di dalam bilik itu dipadam. Barangkali si pemilik bilik sudah mahu melelapkan mata.

"Babe." Keluhan berat terlepas dari bibir minho. Dia menunduk melihat skrin telefon. Sudah beberapa kali dia menelefon Jangmi, tetapi tidak satu pun panggilannya berjawab.

Apa yang telah dia lakukan? Dia tidak mahu Jangmi mengalah terlalu awal. Apalagi menyerah begitu saja. Dia tahu dia salah. Dan dia mengaku apa yang dia buat tidak boleh dimaafkan.

Tetapi semua berhak mendapat peluang kedua. Begitu juga dengan dia.

Telefon pintarnya digenggam kuat. Dia mendongak semula. Balkoni bilik yang kosong itu ditatap lama. Berharap agar Jangmi keluar. Hatinya meronta-ronta mahu bertemu dengan Jangmi secepat mungkin. Tempoh hari, Jangmi pergi begitu saja tanpa sempat dia menahan.

Dia mahu mengambil semula hati gadis itu. Dia mahukan Jangmi yang dulu. Dia rindukan sentuhan dan belaian lembut dari Jangmi.

Setengah jam berlalu, tetapi figura yang ditunggu-tunggu tidak muncul. Minho mengalah. Rasa bersalah kian membuak-buak. Kata maaf tidak cukup untuk menghilangkan luka yang sudah dia tinggalkan dalam hati gadis itu.

Minho membuka aplikasi kakaotalk lalu menekan lama perakam suara.

"Meet me at my condo tommorow night, please? Untuk kali terakhir." Usai menghantar mesej suara kepada Jangmi, dia terus menurunkan visor helmet. Enjin dihidupkan sebelum beredar.

"Jangmi, esok pergi try gaun pengantin dengan taeyong okay? Bersiap awal sikit. Appa dah maklumkan dekat kolej kamu yang kamu berhenti belajar." Terlepas sudu dari tangan Jangmi saat mendengar ujaran Tuan Geum. Dia menatap ayah kandungnya, tidak percaya dengan apa yang baru dia dengari.

"Appa, perlu ke sampai nak halang jangmi belajar? Lagipun ni semester terakhir. Takkanlah Jangmi kena ulang semester lagi?" Soal Jangmi bersama wajah tidak puas hati. Nasi di pinggannya masih banyak, namun selera makannya sudah hilang.

"No need to worry, jangmi. Appa tak akan paksa jangmi belajar lagi. Sepatutnya jangmi dah boleh uruskan syarikat appa. Masa macam ni lah kamu kena belajar macam mana nak handle syarikat. Tapi sebab kamu nak belajar, appa setuju je. Nasib ada taeyong. Sekurang-kurangnya, beban appa berkurang." Tenang Tuan Geum berbicara. Mata jangmi mula berkaca-kaca.

"Jadi selama ni jangmi ni beban bagi appa?" Riak Tuan Geum berubah. Jangmi mulai bangun, mahu berlalu pergi dari meja makan. Dia terkilan mendengar ucapan Tuan Geum.

"Jangmi, appa tak maksudkan macam tu." Tuan Geum menahan lengan anak perempuannya. Satu-satunya harta yang paling berharga yang dia punya selepas Puan Geum pergi buat selamanya. Sungguh, dia tidak pernah menganggap Jangmi merupakan beban untuknya. Dia sayangkan Jangmi. Dan, dia melakukan semua ini untuk kebahagiaan anaknya.

Tuan Geum tersenyum lembut apabila jangmi langsung tidak menepis tangannya.

"Jangmi, appa nak kamu sentiasa ingat. Apa yang appa buat ni, untuk kebaikkan kamu sendiri. Appa tak minta banyak, appa cuma nak kamu bahagia bersama lelaki yang tepat. Dan dari apa yang appa perhati, taeyong sangat sayangkan kamu. Appa yakin dia dapat jaga kamu dengan baik." Jangmi menunduk. Dia cuba untuk menerima.

Tetapi hatinya dimiliki oleh lelaki lain.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang