ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Kau ni memang tak ada perasaan kan? Kau ingat dia tu baju ke kau suka-suka ambil bila perlu then buang bila tak nak?" Jangmi membuat muka apabila kawannya, Haein mula menunjukkan tanda-tanda mahu membebel. Urg sangat menyebalkan.
Malas mahu melayan Haein, Jangmi hanya terus menjamah makanannya. Tingkah lakunya itu telah mengundang kemarahan si kawan. Haein mendengus. Bercakap dengan jangmi, serupa bercakap dengan patung.
Bukan nak dengar nasihat dia.
"Kau dengar tak ni? Berhentilah mainkan hati lelaki. Diorang pun manusia juga, Geum Jangmi sayang. Ada perasaan." Jangmi memutar mata ke atas lalu memandang ke arah kawannya. Riak muka dimaniskan, bahu Haein ditepuk perlahan sembari tersenyum manis.
"Tak payah lah risau. Lama-lama aku berhentilah." Haein menjegilkan matanya. Boleh percaya ke?
"Iye, Haein. Aku berhenti bila aku dah bosan. Then aku cari mangsa baru." Mata Haein membuntang besar manakala Jangmi terkekeh kuat. Tidak semena-mena dia mendapat pukulan kasih sayang dari Haein.
"Aku seriuslah. Aku takut nanti karma balik dekat kau."
"Nae-nae Park Haein." Haein menghela nafas panjang. Jangmi ternyata tidak mengambil serius akan kata-katanya. Malah gadis itu selamba mengambil telefon. Apa lagi? Nak periksa kalau-kalau ada pesanan dari boyfriend-boyfriend dia lah tu.
Kemudian, anak mata Haein mula bergerak memerhati setiap pelusuk cafe. Sesaat kemudian, tumpuannya tertumpu pada beberapa orang lelaki yang sedang duduk di bahagian hujung.
"Jangmi!"
"Apa dia?"
"Kau nampak tak kumpulan lelaki tu?"
Jangmi yang sibuk memeriksa telefon tadi terus mengangkat kepala melihat arah yang ditunjuk oleh Haein.
"Kenapa dengan diorang?"
"Kalau kau berani, godalah salah satu dari diorang." Jangmi mengangkat sebelah keningnya. Aik minah ni, tadi bukan main suruh dia berhenti. Sekarang ni nak bagi dia goda lelaki pula?
"Tak nak. Diorang bukan taste aku." Ujar Jangmi acuh tak acuh. Memang bukan taste dia pun. Taste dia mestilah yang bergaya, segak, hensem tak hensem belakang kira. Apa yang penting kaya dan banyak duit.
"Tch, sombong. Kata playgirl." Haein menjeling jangmi tajam.
"Park Haein-ssi, aku playgirl yang ada standard tau. Kalau yang macam tu..." Jangmi menunjuk ke arah kumpulan lelaki itu. Sengihan sinis terlakar dibibir mungilnya.
"Memang tak lah. Awal-awal aku dah reject."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."