enam puluh tiga

90 18 7
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Taeyong mengusutkan rambut yang rapi. Rasa bersalah menguasai dirinya. Akibat tidak mampu mengawal rasa marah, dia tidak sedar dia telah mencederakan Jangmi. Masih segar dalam ingatannya, pertengkaran yang berlaku semalam.

Luka di bahu kanan jangmi disebabkan oleh ulahnya sendiri. Seharusnya dia bersabar dengan sifat Jangmi. Bukannya terus berkasar.

"I'm really sorry sayang. I tak bermaksud nak sakitkan you." Frame yang memaparkan gambar jangmi ditatap. Gambar yang ditangkap secara diam-diam tanpa diketahui oleh si gadis.

Taeyong tersenyum tipis. Walau apa pun yang terjadi, geum jangmi miliknya. Hubungan dia dan jangmi terjalin selama enam bulan. Jadi mustahil untuk dia melepaskan jangmi begitu saja.

Dia tahu semua tentang Jangmi. Termasuklah niat gadis itu yang hanya mahu bermain-main dengan perasaannya. Mungkin hubungan ini tidak serius bagi jangmi, tetapi serius bagi taeyong.

"I miss my old jangmi. I tak kisah kalau you nak terus bermain-main dengan i, asalkan you selalu dekat dengan i." Gumam Taeyong bernada bisikkan. Cukup hanya dia yang mendengar.

"Berani betul kau kan buat taik dengan aku?" Minho senyum menyeringai. Serim yang sudah nyawa-nyawa ikan di hadapannya itu membuatkan dia puas. Inilah padahnya sekiranya mencari penyakit.

"Kau ni suka buat onar dengan aku. Licik." Sekali lagi tendangan kuat dihadiahkan di perut serim. Menyebabkan lelaki itu memuntahkan darah segar melalui mulutnya.

"Kalau ikutkan hati aku, sekarang juga aku bunuh kau. Tapi tulah, aku masih ada hati lagi. Bersyukurlah, serim. Tuhan masih sayang kau." Usai bicara, minho terus beredar dari sana. Meninggalkan serim bersama dua orang ahli kumpulan crime's iaitu jisung dan jeongin. Pandailah nanti dua orang tu urus serim.

Jisung mendekati serim. Tangan lelaki itu ditarik kasar lalu dilingkarkan di atas bahunya.

"Tu lah kau! Suka betul cari pasal. Kau nampak dua ekor tu? Diorang pun nyawa-nyawa ikan tapi minho suruh bawa kau seorang je pergi hospital." Bebel jisung. Kalau ikutkan hati dia, memang dia biarkan saja serim disini. Pandai buat, pandailah tanggung.

"Haih kau ni. Dia kan tengah sakit. Senyaplah sikit." Tegur jeongin. Dia turut bantu memapah serim. Dia berbeza dari ketiga-tiga lelaki itu. Jeongin tidak akan menganggu orang selagi orang itu tidak menganggu dirinya.

Dia simple. Kau buat hal kau, aku buat hal aku.

Sepuntung rokok dikeluarkan lalu diletakkan di bibir. Baru sahaja minho mahu mengambil mancisnya, sudah ada orang yang menghulurkan. Dia menoleh. Terpapar raut wajah beku seungmin.

Hujung rokok minho dibakar.

"Hyung."

"Hm." Rokok disedut lalu dihembus mengeluarkan kepulan asap. Kedua-duanya melemparkan pandangan tepat ke hadapan.

"Kau betul-betul yakin yang kau nak terus berpura-pura macam ni?" Soal Seungmin bernada serius.

"Hubungan terlarang. Inilah penyelesaiannya. Lagipun, aku tak suka dia. Semak." Selamba dia memberi jawapan. Seungmin terkekeh kecil. Dia berpaling ke belakang. Minho dikerling sekilas.

"Untuk persoalan kau haritu, aku sanggup terima dia. Walaupun dia 'bekas' kau." Seungmin tersenyum sinis. Dia menepuk bahu minho sebelum beredar.

Minho mendengus sebal. Tiba-tiba dia teringatkan si pemilik nama Geum Jangmi. Timbul pertanyaan tentang bahu gadis itu. Mengapa berdarah? Apa yang menyebabkan jangmi terluka? Dan siapa yang berani menyentuh gadis itu?

Rasa risaunya kini diganti dengan perasaan marah. Dia nampak segalanya. Dia nampak apa yang seungmin buat pada jangmi. Ternyata, kim seungmin sudah lama menyimpan niat untuk mendekati jangmi.

"Tch."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang