ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Jangmi masih belum sedar lagi ke?" Taeyong menggeleng perlahan. Sudah dua minggu berlalu selepas Jangmi terkena arrest, tetapi sehingga sekarang gadis itu belum sedarkan diri. Haein hanya duduk diam di atas sofa yang terletak di sudut wad. Dia memberi ruang untuk keluarga lee berbual.
Taeyong menatap sayu wajah Jangmi. Luka-luka kecil yang meninggalkan kesan di wajah mulus itu semakin memudar hari demi hari. Seharusnya, minggu lepas merupakan hari bahagia bagi mereka berdua.
Puan Lee mengemam bibir lembut. Dia memegang kedua bahu taeyong.
"Tae, kita pulang ya?"
"Taeyong nak tunggu jangmi bangun, mama. Mama baliklah dulu."
"Tae tak boleh macam ni. kamu kenal kan papa macam mana? Mama tak nak kamu dengan papa bertengkar. Tae ikut mama balik ya?" Pujuk Puan Lee sekali lagi namun taeyong hanya senyap tidak membalas. Berat hatinya untuk meninggalkan Jangmi.
Perasan akan raut wajah Puan Lee, Haein lantas bangkit. Dia mengambil langkah menghampiri mereka berdua.
"Taeyong, kau baliklah. Aku boleh jaga dia." Celah Haein. Taeyong mengeluh. Dia mengangkat kepala memandang Haein.
"Kalau dia sedar masa i tak ada macam mana?"
"Kalau dia sedar nanti, pandailah aku nak call kau. Dah, kau balik je. Dah berapa hari kau dekat sini. Lagipun, kau kan dah ada isteri. Kesian dekat isteri kau." Halus cara haein mengusir taeyong agar mengikut Puan Lee pulang ke rumah.
Dia kesian dengan perempuan yang terpaksa menggantikan posisi Jangmi untuk menjadi pengantin perempuan. Dia dapat tahu semua tu pun dari Puan Lee sendiri. Dia tak sengaja memasang telinga dari luar wad semasa taeyong dan Puan Lee bertengkar di dalam.
Kesian.
"Hm you tahu kan i terpaksa kahwin dengan dia." Mata Puan Lee terbuntang mendengar ucapan selamba yang meluncur laju dari bibir anaknya.
"Lee taeyong!" Taeyong menghela nafas pendek. Serabut betullah!
"I balik. Tapi kalau dia sedar, please call me as soon as possible." Haein sekadar mengangguk. Malas mahu memanjangkan masalah. Kalau cakap lebih-lebih, nanti taeyong tak mahu pulang.
Setelah Puan Lee dan Taeyong beredar dari wad, tinggallah haein keseorangan menjaga jangmi. Dia mengambil tempat duduk yang diduduki taeyong sebentar tadi.
"Jangmi..."
Suasana menjadi hening. Hanya bunyi mesin bantuan pernafasan sahaja.
"Kalau kau tak kenal dengan dia, mesti semua ni tak akan terjadi dekat kau, kan? Mesti kau tak akan terbaring atas katil sekarang ni." Sambung Haein. Dia tidak tahu apa yang jadi antara minho dan jangmi tetapi kawannya terlantar di atas katil ini disebabkan lelaki itu.
Taeyong menceritakan apa yang berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang pada hari tersebut. Taeyong berkata, sekumpulan geng motor menghalang jalan mereka dan seterusnya membelasah taeyong secara berkumpulan.
Tangan jangmi disentuh seraya digenggam erat. Kehangatan tangannya menghangatkan tangan jangmi yang sejuk.
"Bermula dari sekarang, aku nak kau lupakan dia. Mungkin aku kejam, tapi aku tak nak kau jadi macam ni lagi. Cukup sekali, jangmi. Kau kawan aku. Kalau kau tak boleh lupakan dia, aku akan tolong kau. Lupakan segalanya. Sebab dia tak layak untuk kau, Jangmi."
Haein menyeluk kocek seluar. Loket yang diberikan minho tempoh hari dilihat olehnya. Minho berpesan agar menyampaikan loket itu pada Jangmi. Haein bangkit, dia menghampiri tong sampah. Tidak menunggu lama, dia membuang loket itu ke dalam.
Dia dan junho juga sudah jarang meluangkan masa. Dari apa yang dia perhati, Junho lebih sering meluangkan masa bersama kumpulan crime's. Malah lelaki itu juga sudah berubah perosnalitinya dari hari ke hari.
Serim dan ahli kumpulannya pula sudah dimasukkan ke dalam penjara.
Kisah percintaan antara seorang bekas playgirl dan ketua geng motor berakhir sampai disini saja. Seperti yang keduanya pernah berkata, hubungan mereka hubungan terlarang.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
The End

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."