empat puluh lima

112 19 12
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Sini."

"Aku boleh buka sendiri."

Minho tidak mengendahkan balasan dari Jangmi, malah dia menarik lengan gadis itu. Terbuntang mata Jangmi, terkejut dengan tindakan minho. Dia menaikkan visor helmet tersebut. Dia mahu merenung sepasang mata bundar milik Jangmi.

Sepasang mata yang redup renungannya.

"Babe..." Jangmi diam. Dia kurang selesa apabila minho merenungnya seperti itu. Sedikit sebanyak menggetarkan sekeping hati si gadis. Namun apabila dia teringatkan apa yang sudah dilakukan oleh minho, dia segera menepis rasa itu.

"Macam mana kau tahu pasal 300jt won tu?" Tanya minho meminta kepastian. Kalau dia tahu siapa yang bocorkan rahsianya pada Jangmi, sudah habis lunyai dikerjakan orang itu.

"Tak kiralah siapa yang bagitahu. Apa yang penting sekarang ni mission kau dah berjaya. Hati aku sakit and kau..."Jangmi mengetap bibir. Tidak sanggup rasanya untuk menyambung ayat itu. Kemudian, Jangmi terkekeh sinis.

"Kenapa kau sanggup terima dare nember kau tu?"

"Sebab kau ganggu junho." Jangmi tercenggang. Hanya itu? Dia membuat muka tidak puas hati lalu membuka helmet dari kepalanya.

"Babe, kau tahu kan junho tu budak lembab? Walaupun aku tak suka dia, tapi aku lagi tak suka bila kau permainkan perasaan dia. Dia tu bodoh. Orang bagi ayat sikit, mula menaruh harapan." Jangmi memejam mata. Dia menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Mata dicelik semula.

"Jadi kenapa kau selalu pukul dia?" Kerutan timbul di dahi tatkala senyum senget terlakar jelas di bibir si jejaka.

"Simple. Sebab aku nak rampas kau dari dia."

"Huh? Rampas?" Minho mengangguk. Dalam diam, tangannya melingkarkan di pinggang ramping gadis itu lalu menarik tubuh langsing itu merapat dengannya.

"Kalau ada orang lain cuba untuk dapatkan kau, aku akan rampas kau dari dia. Kalau aku dapat tahu kau ada jalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki, aku akan pastikan hubungan tu hancur. Aku akan rosakkan hubungan kau dengan dia." Jangmi menelan air liur. Tawar rasanya. Dia meremang mendengar ucapan minho. Nadanya lembut tetapi terselit amaran dan ketegasan.

"Kalau kau cuba lari dari aku, aku akan pastikan jalan untuk kau larikan diri terhapus. Tu kau nampak helmet tu.." Minho menunjuk ke arah helmet hitamnya sebelum tersenyum. Dia menarik lembut tengkuk Jangmi untuk mendekatkan bibirnya ke telinga gadis itu.

"Aku akan hentak dekat kepala kau sampai kau hilang ingatan. Then kita mulakan semuanya dari awal. Just you and me." Bisik Minho senada. Tubuh Jangmi mengeras. Berderau darahnya mendengar amaran keras dari minho.

"T-tapi kau kan dah dapat ganjaran. Apa lagi kau nak dari aku?" Tergagap-gagap jangmi bertutur. Minho terkekeh sinis di tepi telinganya.

"F*ck that 300jt won. I just want you." Sempat kucupan dihadiahkan pada batang leher gadis itu sebelum dia menjarakkan diri dengan Jangmi.

"Masuk. Mulai esok, aku datang jemput dan hantar kau pergi kolej sama-sama dengan aku."

"Hah? Bila masa aku setuju?"

"I don't even need your permission, babe."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now