dua puluh dua

153 20 7
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Matanya tajam merenung ke arah dua orang manusia berlainan jantina yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri. Panas dalam hatinya kian membuak-buak tatkala tangan gadis itu disentuh oleh lelaki lain. Dia baru saja tiba di kolej, dan sudah ada drama menyakitkan mata seperti ini?

Tch.

Lebih menyebalkan apabila gadis itu tersenyum manis.

"Tu bukan perempuan kau ke? Siapa lelaki tu?" Tanya seungmin yang berdiri sebelah minho. Jisung dan Jeongin yang mendengar pertanyaan seungmin lantas melihat ke arah yang dilihat oleh minho.

"Eh yelah. Abang dia ke? Tapi mustahil sebab siap usap tangan lagi. Dia curang dengan kau ke?" Dahi Jisung berkerut. Hairan juga dia bila Jangmi bermesra dengan lelaki lain padahal pada malam itu bukan main romantis lagi dia dengan minho. Talam dua muka ke? Hm.

"Dah, jom masuk kelas." Keras nadanya sebelum berlalu dari situ. Bibir bawah diketap rapat. Tahulah dia macam mana nak bagi pengajaran dekat Jangmi.

"Sayang, you tak maksudkan apa yang you cakap malam tu kan?" Jangmi mengemam bibir. Tak salah kan kalau dia jujur? Tapi nanti taeyong sakit hati.

"Erm taeyong, i... i memang maksudkannya. I nak kita putus." Riak wajah Taeyong berubah namun cepat jejaka itu mengawalnya. Tangan Jangmi yang berada dalam pegangan digenggam dengan erat.

"Jangmi, you tahu kan i sayang sangat dekat you. I.... I tak nak perpisahan jadi pengakhiran kita berdua. Please give me one more chance. I will treat you like a queen, sayang." Jangmi mati kata. Apa yang dia mahu lakukan sekarang? Patut tak dia lari? Kenapa sesetengah bekas teman lelaki dia ni tak reti bahasa?

Haritu sanha, sekarang ni taeyong pula. Walaupun sebenarnya sayang lepaskan lelaki penyayang macam taeyong, tapi dia terpaksa.

"Tae..."

"Lepas you tamat belajar, i akan jumpa dengan appa you. Kita tunang."

Mata Jangmi terbuntang apabila taeyong tiba-tiba sahaja melutut di hadapannya.

"Tae, bangun. Apa you buat ni? Orang tengah tengok kita lah." Desak Jangmi. Taeyong menggeleng seraya mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya.

"I nak lamar you. I tak akan terima jawapan yang lain selain perkataan ya." Ujar Taeyong sembari menunjukkan kotak baldu berisi cincin di hadapan Jangmi.

Pelajar kolej mula berkerumun menggelilingi Jangmi dan Taeyong. Jeritan dari para pelajar perempuan kedengaran. Hati mereka luluh akan sifat gentleman yang dimiliki oleh Taeyong. Haein yang memerhati dari jauh sudah menekup mulutnya.

Ohmai, kawan dia dilamar gaisss!

"Ark ermm, t-tae.." tergagap-gagap Jangmi mahu memberi jawapan.

"I'm waiting, Geum Jangmi."

Telefon Jangmi bergetar. Dia mengangkat tangannya memberi tanda sebentar pada taeyong sebelum melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

Pervertlyknow

Jangmi segera memandang sekelilingnya mencari-cari kelibat minho. Dia mengemam bibir seraya menjawab panggilan tersebut.

"H-hello."

"Dalam masa dua puluh saat, jumpa aku di rooftop kolej."

"Hah?"

"satu, dua, tiga...."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang