ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Jangmi keluar dari perut kereta usai mengambil beg silangnya. Kaca mata hitam setia di batang hidung sejak dari dalam kereta. Rambut hitamnya dibiarkan lepas. Penampilan Jangmi pada pagi itu biasa-biasa sahaja. Baju t-shirt hitam lengan pendek dipadankan dengan jeans paras peha berwarna biru laut.
Setelah itu, dia berjalan dengan tenang memasuki falkuti. Pandangan-pandangan dari pelajar disana tidak dihiraukan.
"Haein, awak rasa kenapa gajah tak boleh terbang?" Tanya junho yang berjalan beriringan bersama Haein.
"Junho, kau tak ada soalan yang lagi masuk akal ke daripada soalan ni?" Tanya Haein semula. Junho menggeleng. Salah ke soalan dia? Dia cuma nak tahu.
"Haein, jawablah. Dari kecil saya nak tahu kenapa gajah tak boleh terbang meanwhile burung boleh terbang." Haein mengetap gigi rapat. Buku yang berada di pelukannya itu digenggam erat. Cuba untuk menahan diri dari menghempuk kepala junho.
"Daripada kau fikir pasal tu, baik kau fikir pasal aku." Junho berkerut.
"Kenapa saya kena fikir pasal awak?" Haein menyelitkan rambut ke belakang telinga seraya menguntum senyum manis buat Junho.
"Cha junho-ssi, fikir pasal benda-benda mustahil macam persoalan bodoh kau tadi boleh menyebabkan otak kau rosak. And pada pendapat aku, lebih baik kau fikirkan aku. Perempuan cantik baik untuk fikiran. So memandangkan aku cantik, lawa dan jelita. Kau pandanglah aku puas-puas." Ulas Haein panjang lebar. 99% daripada ulasannya adalah memuji diri sendiri berbanding memberi nasihat pada junho.
"Awak cantik ke, haein?" Haein tercengang. Junho berkerut, dia mendekat dengan Haein. Wajah gadis itu di teliti olehnya.
"Yah, hati-hati. Rapat sangat. Tercemar hidung aku nanti hidu nafas busuk kau." Haein menjauh. Dia menekup hidung. Padahal dia mahu menutup rasa malu. Eleh garang-garang macam kucing.
"Haein, mana ada." Junho mengerutkan wajahnya. Tidak berpuas hati apabila Haein mengejek nafasnya berbau. Hello, dia rajin berus gigi okay!
"Eh, Geum Jangmi." Haein mengeluh lega dalam hati apabila figura Jangmi kebetulan lalu disitu. Segera dia mendapatkan kawan perempuannya. Bahu Jangmi dirangkul erat.
"Kau ni kenapa?" Jangmi berkerut dahi. Tak pernah-pernah Haein menyambut kedatangannya begini.
"Tak ada lah. Jom masuk kelas." Ajak Haein. Dia terus membawa Jangmi masuk ke kelas mereka berdua. Junho ditinggalkan di belakang. Padan muka, siapa suruh cakap haein tak cantik!
"Hyung, kau okay?" Tanya seungmin pada minho. Naik meremang bulu romanya tatkala minho tersengih sinis. Entah apa yang minho fikirkan.
"Jangan cakap kau dah jatuh hati dekat dia?" Tebak bangchan. Selama ini dia sibuk dengan pekerjaannya hingga tiada masa untuk melepak bersama ahli crime's. Raut wajah minho berubah ketat.
"Tch, aku jatuh cinta? Dengan playgirl tu? No way." Jisung dan Jeongin perpandangan sesama sendiri. Teragak-agak sama ada mahu percaya atau tidak.
"Baguslah. Aku tahu kau tak akan jatuh cinta dengan dia. Lagipun sebulan tak lama mana, sekarang ni tinggal lagi dua minggu je. Kalau gagal, 300jt won terbang woo."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."