ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Dari jauh, dia hanya mampu melihat lelaki yang dirindui. Seksanya menahan diri daripada menegur jejaka itu. Dulu, tidak menunggu lama pasti minho akan berlari ke arahnya terlebih dahulu tanpa dia pinta. Mendakap tubuhnya sekaligus membisikkan kata cinta.
Tetapi sekarang? Menjeling dia pun seakan minho tidak sudi. Mereka seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain sebelum ini. Seakan-akan hubungan mereka tidak memberi apa-apa makna buat lelaki itu.
"Auch." Jangmi mendesis tatkala bahunya dirempuh kasar dari belakang. Spontan tangannya naik memegang bahu yang perit.
"Sorry. Kau okay?" Anak mata gadis itu bergerak memandang gerangan yang melanggarnya. Seungmin rupanya. Jangmi mengemam bibir lalu mengangguk.
Tidak berpuas hati dengan anggukan jangmi, seungmin bersuara lagi.
"Betul? Aku nampak macam bahu kau sakit sangat." Saat tangan jejaka itu menyentuh bahunya, Jangmi menggigit bibir kuat.
"Darah." Datar nada bicara seungmin bersama riak beku yang sentiasa dipamerkan. Jangmi hanya senyap. Dia terus menepis tangan seungmin dari bahunya. Belum sempat dia membuka langkah untuk pergi, seungmin terlebih dahulu memegang lengannya.
"Jangmi, kita pergi klinik. Rawat luka kau." Pelawa seungmin. Namun Jangmi hanya menggelengkan kepala menolak. Dia menarik lengannya dari pegangan Seungmin.
"Tak apa." Ringkas jangmi membalas. Sempat dia memberi senyuman tipis pada seungmin berlalu pergi dari situ. Keberadaan minho dikerling. Dalam masa yang sama, lelaki itu turut memandang ke arahnya. Renungan yang tajam disertai dengan raut wajah tegang cukup untuk membuatkan Jangmi menunduk ke bawah.
Jangmi mengeluh. Bahu yang berdarah itu dipegang olehnya. Bibir diketap. Kenapalah dia pakai baju putih harini?
Pintu kereta dibuka sebelum dia meloloskan diri ke dalam. Enjin dihidupkan. Kenderaan pacuan empat tayar itu mulai dipandu keluar dari kawasan universiti. Jangmi memandu tanpa hala tuju. Kereta dipandu berkelajuan sederhana.
Luka di bahunya dijeling.
Peristiwa semalam kembali bermain di fikiran.
"You baru terfikir nak balik, sayang?" Jangmi menjeling taeyong apabila lelaki itu menyindirnya. Dia menghiraukan kehadiran taeyong, langkah kaki menuju ke sofa.
"Jangmi, kan taeyong tanya tu. Jawab. Jangan kurang ajar dengan dia. Tak lama lagi dia jadi suami kamu. Hormat." Jangmi hanya diam. Sementara taeyong sudah pun tersenyum puas saat Tuan Geum menyebelahi dirinya.
"Ye, i baru balik." Taeyong mengambil tempat di sebelah Jangmi. Tangan gadis itu diraih lembut olehnya. Wajah jelita gadis itu direnung.
"Sayang, lepas ni kita keluar nak? i dah lama tak luangkan masa dengan you." Anak rambut jangmi diselit ke daun telinga. Bagi taeyong, jangmi seorang sahaja yang mampu membuatkan dia tidak senang duduk kerana memikirkan gadis itu.
"Appa, jangmi nak buat air dulu." Jangmi menarik tangannya dari genggaman taeyong lalu bangkit menuju ke dapur. Malas mahu berlamaan di ruang tamu.
Sedang Jangmi memotong buah apel, seseorang melingkarkan tangan di pinggangnya dari belakang.
"Sayang."
"Tae, lepas!"
Taeyong mengeluh mendengar suara tegas jangmi. Dalam keadaan terpaksa, dia melepaskan pinggang gadis itu.
"Sayang, you tak boleh terima i ke? Dulu you tak macam ni." Jangmi berdecit.
"Itu dulu, bukan sekarang." Taeyong mengetap bibir. Tangan Jangmi yang memegang pisau itu dipegang olehnya. Seketika, mereka berbalas pandangan.
"I sanggup buat apa-apa supaya you berubah jadi macam dulu balik." Jangmi tersenyum senget.
"Then try." Tanpa sedar, tangan jangmi dicengkam kuat.
"Taeyong, sakit."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."