ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Rambut Jangmi dipintal lembut. Wajah manis milik Jangmi ditatap tanpa lepas. Lama. Kemudian, matanya jatuh pada bibir merah gadis itu. Terdapat sedikit luka di bibir bawah Jangmi angkara perbuatannya semalam.
Minho mendengus lembut. Salah Jangmi juga, siapa suruh melawan? Kan dah mendapat luka.
Dia telah terjaga sejak pukul lima pagi tadi. Dia sedikit terkejut apabila terlihat Jangmi tidur di dalam pelukannya namun setelah teringat apa yang terjadi semalam menyebabkan dia diam. Dan sepanjang tempoh itu, dia menggunakannya untuk memerhati Jangmi.
"Susah sangat ke nak ikut semua arahan aku, Geum Jangmi?" Tanya minho bernada bisikkan. Dia tidak mahu menganggu lena gadis itu.
Deringan jam menganggu lena Jangmi. Matanya terpisat-pisat dicelik. Kemudian dia bangkit dari baringan dengan wajah yang mamai. Seketika, dia memerhati bilik yang menjadi tempat beradunya.
"Huh ni bu-- oh ni bilik dia." Jangmi berdiri. Bajunya dibetulkan sembari mengikat rambut panjangnya tanpa menggunakan getah sambil mengatur langkah ke tandas. Kau dapat ikat rambut tak guna getah? Hek.
Selepas selesai membasuh mukanya, Jangmi keluar dari bilik. Matanya dipejam sambil meregangkan badan. Bau enak masakan menusuk ke rongga hidungnya. Jangmi tersengih lalu melangkah dengan mata yang terpejam rapat.
Dalam tidak sedar, kaki Jangmi terlanggar meja. Sekaligus menyebabkan dia menjerit kesakitan. Sakit woo buku lali terkena meja. Mata yang terpejam rapat tadi tercelik. Jangmi terduduk di atas lantai sambil memegang buku lalinya.
"Haaaa sakit."
"Mengada jalan tutup mata, memang mendapatlah." Teguran dari minho tidak diendahkan. Jangmi memekakkan telinganya. Dia bercadang mahu melancarkan perang dingin dengan minho.
Dia kasar, cancel-cancel!!
Minho menghampiri. Jangmi terkejut saat tubuhnya tiba-tiba di cempung oleh jejaka itu. Lantas dia melingkarkan tangannya di batang leher minho.
Sesudah tiba di bahagian dapur, selamba tubuh Jangmi dilepaskan di atas meja makan.
"Yah, jangan macam-macam."
Minho menghiraukan ugutan Jangmi. Peha Jangmi dibuka luas, minho berdiri di tengah-tengah antara peha gadis itu. Jangmi menelan air liur. Kegugupan kian menjalar dalam diri apabila kedudukannya dengan minho terlalu intim.
Tangan lelaki itu naik menyentuh rahang Jangmi kemudian beralih ke bahagian bibir. Lembut jari minho mengelus bibirnya.
"Auch. Sttt." Jangmi mendesis sakit kerana minho menyentuh luka yang terdapat di bibir bawahnya.
"Aku minta maaf sebab berkasar semalam." Jangmi memasamkan raut wajahnya. Inilah lelaki. Lepas buat salah, minta maaf. Lepastu buat lagi.
"Hm." Minho menarik senyum tepi bibir lalu merapatkan wajahnya dengan Jangmi.
Menyatukan bibir mereka berdua.
Jangmi terkebil-kebil. Dia cuba untuk meleraikan ciuman namun minho menahan lehernya. Lama-kelamaan, ciuman lembut tersebut dibalas oleh Jangmi.
Batang leher minho dirangkul kemas merapatkan lagi kedudukan mereka. Oh my, i think i'm crazy.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanficKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."