ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Setengah jam berlalu namun kelibat Minho masih belum kelihatan, begitu juga dengan lawannya. Semua yang berkumpul disana mula mengeluh bosan. Jangmi mengalihkan pandangannya ke kumpulan lawan. Serim yang turut melihat ke arahnya itu mengenyitkan mata.
"Euw." Spontan perkataan itu keluar dari bibir Jangmi disertakan dengan riak wajah geli. Segera dia mengalihkan tatapannya semula. Kalau tengok lama-lama, boleh termuntah dia dibuatnya.
Telefon yang bergetar itu lantas dijawab olehnya. Senyum sinis terlakar dibibir.
"Jangan biarkan dia sampai dekat sini." Arah Serim dengan nada yang keras sebelum menamatkan panggilan. Kemudian dia turun dari motornya dan menghampiri kumpulan crime's, atau lebih tepat menghampiri Jangmi.
Dia berdecit sinis tatkala seungmin menjadi penghalangnya untuk merapati Jangmi. Anak mata bergerak melihat Seungmin tajam. Tanpa rasa takut, pemuda dingin itu membalas renungannya.
"Seungmin, relax bro. Aku cuma nak kenal-kenal dengan perempuan ni. Well malam ni kan merupakan malam yang sangat indah bagi kitaorang berdua. Jadi kau tak payah nak halang aku!" Serim menepis tangan seungmin sembari menjelingnya. Raut wajah yang bengis tadi berubah manis tatkala dia melihat Jangmi.
Tangannya cuba untuk menyentuh gadis itu. Namun Jangmi lebih cepat mengelak dari sentuhannya.
"Beb, siapa nama kau?" Jangmi senyap. Dia tidak mengeluarkan sebarang suara pun. Sehingga tidak sedar bahawa dia telah mengundang kemarahan Serim.
Jangmi terkejut apabila Serim tiba-tiba mencengkam lengannya kuat. Jangmi mengemam bibir rapat menahan sakit. Wajahnya berkerut-kerut.
"Bila aku tanya, jawab. Kau bukan tak ada mulut nak jawab soalan aku." Tubir mata Jangmi memanas saat Serim semakin menguatkan cengkamannya. Macam nak patah tangan dia.
"Yah, apa ni? Kau berkasar dengan dia. Blah!" Jisung menolak serim jauh dari Jangmi. Ahli kumpulan cleaer yang perasan akan hal tersebut pantas menghampiri kumpulan crime's.
"Weh apa ni? Dah janji kan tak ada pergaduhan. Tak payahlah tolak-tolak leader kami." Ujar salah satu anggota cleaer.
Seungmin dan ahli crime's yang lain lantas mara ke hadapan. Jangmi pula ditarik berdiri di belakang mereka. Gadis itu menunduk. Suasana mulai tegang.
"Lady, jangan bergerak. Berdiri di belakang aku." Arah Jeongin. Sebelah tangannya diangkat melindungi Jangmi.
"M-minho.." Jeongin terkekeh kecil. Dia melirik Jangmi sekilas.
"Jangan risau, kejap lagi dia sampai." Jangmi senyap. Entah itu sekadar untuk menyedapkan perasaannya atau apa.
"Apa? Ketua kau ni yang mulakan dulu." Kata Jisung kasar.
"Alah takat sentuh sikit perempuan tu takkan tak boleh? Lagipun dah deal kan, perempuan tu yang jadi habuan bet ni." Balas Minhee selaku anggota kumpulan cleaer.
"Tch, belum menang lagi ada hati nak claim."
"Kau!"
Baru sahaja pergaduhan antara dua kumpulan itu tercetus, bunyi motor mematikan niat mereka.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
أدب الهواةKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."