sebelas

142 21 15
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Seperti yang dikatakan oleh Minho, lelaki itu benar-benar menjemputnya tepat pukul 9 malam. Tika ini Jangmi memeluk tubuh. Renungan penuh kritikan dari jejaka itu tidak diendahkan.

"Aku suruh pakai seluar panjang. Bukan boxer koyak tu." Keras nada suara minho menegur. Jangmi terlopong kecil. Berani betul minho mengutuk seluarnya.

"Cih, ni seluar pendek. Jeans. Kau tak tahu fashion ke? Tch. Lemah." Bidas Jangmi. Minho memutar mata ke atas, bahunya diangkat.

"Tak apa lah. Tak payah tukar. Senang nanti aku nak buka semua baju kau." Mendengar ayat menakutkan itu membuatkan Jangmi mendengus kasar. Dia memincing matanya menatap Minho yang menayang raut biasa saja. Macam nak telan pun ada lelaki ni.

"Fine!" Jangmi masuk semula dengan perasaan yang membara. Sakit betul hati dia dengan Minho. Sudahlah dekat kolej tadi suka hati saja curi ciuman dia.

Beberapa minit kemudian, Jangmi keluar semula. Kali ini seluar slack hitam yang dipakai.

"Puas hati?" Minho tidak menjawab malah menyerahkan helmet pada Jangmi. Dia malas mahu memanjangkan masalah remeh seperti itu.

"Mana Leeknow hyung ni? Pertandingan dah nak mula." Dengus seungmin tatkala figura minho masih belum kelihatan. Janji datang pukul 9, ni dah nak pukul 9:30. Pertandingan mula pukul 10.

"Relax lah seungmin. Bukan selalu leeknow hyung lewat. Kau lek je, nanti dia menang juga. Leeknow mana pernah kalah." Balas Jisung panjang lebar.

"Ha'ah. Lagipun dia leader, lantak dia lah nak datang bila pun." Balas jeongin pula. Dia menyokong apa yang dikatakan oleh Jisung.

"Yow, mana leader korang? Tak datang ke? Atau takut kalah bet malam ni?" Wonjin selaku pengikut Serim menegur mereka dengan nada ejekan. Seungmin berdecit sinis.

"Takut? Tch. Kau tak ingat si serim tu kalah teruk minggu lepas? Tak mustahil dia akan kalah lagi lepasni." Balas Seungmin. Wonjin ketawa sinis. Yakin betul lawan dia ni.

"Ye? Tapi kalini aku yang akan berlumba dengan dia. Aku akan pastikan ketua korang kalah teruk malam ni." Rahang seungmin bergerak-gerak.

Baru sahaja tangannya mahu melayangkan tumbukan, bunyi enjin motor mematikan niatnya. Mata mereka tertumpu pada Minho yang baru sampai.

"Sorry aku lambat." Kata minho selepas mematikan enjin. Dia mengalihkan tatapan matanya pada Jangmi yang baru sahaja turun dari motor. Helmet dibuka dari gadis itu.

"Kita dekat mana ni?" Tanya Jangmi. Dia kekok apabila dirinya menjadi tumpuan orang ramai. Minho tidak menjawab, sebaliknya dia ligat membetulkan rambut Jangmi.

"Wow-wow! Kau bawa habuan yang menarik malam ni, leeknow." Ujar Serim dengan nada yang gembira. Dia menghampiri minho dan Jangmi.

"Ni hadiah aku ke malam ni?" Jangmi berkerut tatkala serim cuba untuk menyentuhnya. Lantas dia merapatkan dirinya dengan minho.

"Apa maksud kau?" Serim ketawa. Dia memasukkan kedua tangannya di dalam poket seluar.

"Sebagai taruhan, aku bagi 100 jt won untuk kau kalau kau menang." Serim melirik Jangmi.

"Sebagai balasan, serahkan perempuan tu pada aku kalau aku menang." Jangmi tersentak.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang